22 bazar Ramadan ditutup 3 hari

PUTRAJAYA 30 April – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) hari ini mengarahkan 22 daripada 1,073 bazar Ramadan yang sedang beroperasi di seluruh negara menutup operasi selama tiga hari berkuat kuasa esok. Menurut kenyataan KPKT hari ini, penutupan operasi itu melibatkan empat bazar Ramadan di Johor, Kedah (tiga), Pulau Pinang (lapan), Perak (satu) manakala masing-masing dua di Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur. Laporan HIDE telah menunjukkan bahawa angka kontak rapat yang tinggi dalam kalangan pengunjung dan peniaga di bazar Ramadan yang terlibat. Sehingga 15 April, sebanyak 904 kes positif Covid-19…

Read More

Lebih 386,000 kes di India

NEW DELHI 30 April – Lebih 386,000 kes positif direkodkan India hari ini dengan hampir 3,500 kematian dilaporkan. Hospital tentera mula dibuka kepada pesakit Covid-19 pada Jumaat ketika kerajaan India semakin terdesak untuk menyediakan katil dan bekalan perubatan. Sementara anggota keluarga pesakit Covid-19 di hospital serata India merayu agar diberi tangki oksigen dan bantuan kecemasan ketika sistem kesihatan negara itu semakin lumpuh. Menteri Kesihatan berharap bantuan yang dihantar dari lebih 40 negara dapat meredakan situasi. Antara negara yang telah menghantar bantuan perubatan termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Rusia. Meskipun…

Read More

PKP di 5 daerah Kedah 1-14 Mei

KUALA LUMPUR 30 April – Lima daerah di Kedah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa esok sehingga 14 Mei ini, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. PKP Kota Setar, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling dan Kulim itu dilaksanakan berikutan berlakunya penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim atau daerah atau zon. Dalam tempoh 14 hari sehingga 29 April 2021, KKM mengesahkan 709 kes aktif di lima daerah tersebut selepas berlaku penularan jangkitan melibatkan beberapa kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes di mukim/daerah atau…

Read More

17 kluster baharu direkodkan

PUTRAJAYA 30 April – Sebanyak 17 kluster baharu  dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan masing-masing lima kluster komuniti dan kluster tempat kerja, empat kluster sektor pendidikan termasuk dua kluster institusi pendidikan KPM, serta masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi, kluster keagamaan, dan kluster pusat tahanan. Perincian 17 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu: KLUSTER NANGA TAJAM Kluster komuniti ini melibatkan daerah Selangau dan Sibu di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-394954) dilaporkan positif COVID-19 pada 26 April 2021 hasil saringan individu bergejala.…

Read More

Selangor kekal kes tertinggi

PUTRAJAYA 30 April – Selangor terus menambah kes dengan melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,265 kes (33.4 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 1,030 kes (81.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 760 kes (20.1 peratus) dan Kelantan sebanyak 464 kes (12.3 peratus). Secara keseluruhan sembilan negeri mencatatkan lebih 100 kes harian. Selangor: 1,265 kes 50 kes daripada kluster-kluster, termasuk 39 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wau dan Kluster Jalan Taming Dua;…

Read More

328 pesakit di ICU

PUTRAJAYA 30 April – Malaysia terus mencatatkan peningkatan jumlah kes positif Covid-19 hari ini dengan merekodkan 3,788, menjadikan jumlah kumulatif 408,713 dengan kes aktif setakat ini 29,277. Seramai 328 pesakit Covid-19 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) iaitu angka yang tertinggi setakat ini. Daripada jumlah ini, seramai 161 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan. Sementara itu, 14 lagi kes kematian dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kepada 1,506. Kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Selangor, lima kes di Sarawak, dua kes di Johor, dan satu kes di Negeri Sembilan.…

Read More

Dua bazar tutup 2 hari

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan dua Bazar Ramadan di Taman Setiawangsa dan Jalan Raja Alang, Kampung Baru di sini akan ditutup selama dua hari bermula esok. Perkara itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan media Datuk Bandar Kuala Lumpur yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi DBKL hari ini. “Dimaklumkan hasil dari analisa pengesanan kontak yang telah dilaksanakan oleh KKM melalui aplikasi MySejahtera, ancaman penyebaran jangkitan Covid-19 telah dikesan di bazar Ramadan ini. “Sehubungan dengan itu, bagi membendung dan mengawal jangkitan serta peningkatan kes Covid-19, bazar Ramadan ini akan…

Read More

Seri Paduka bimbang kes meningkat

KUALA LUMPUR 30 April – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihatkan rakyat supaya tidak alpa dan sambil lewa sebaliknya perlu sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) terutamanya di bazar Ramadan dan majlis keraian umum. Titah Baginda, rakyat perlu sentiasa berdisiplin dalam mematuhi SOP bagi mengelakkan negara dibadai ‘Tsunami Covid-19’ seperti yang berlaku di beberapa negara di Asia Selatan dan Eropah. Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan kebimbangan apabila melihat kes positif melebihi…

Read More

Watikah pelantikan YDP Negeri

KUALA LUMPUR 30 April – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini berkenan mengurniakan Watikah Pelantikan Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri (YDP) Pulau Pinang kelapan kepada Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak di Istana Negara. Pelantikan bekas diplomat itu berkuat kuasa esok sehingga tempoh empat tahun bagi menggantikan Tun Abdul Rahman Abbas yang telah berkhidmat selama 20 tahun. Selepas istiadat pengurniaan watikah itu, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Seri Maharaja Mangku Negara yang membawa gelaran Tun kepada Ahmad Fuzi.…

Read More