Filipina catat 962,307 kes

MANILA 21 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 9,227 kes tambahan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 962,307 kes dengan kes aktif sebanyak 116,434.

Setakat pukul 4 petang ini juga, jumlah pesakit sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 19,699 lagi pulih menjadikan jumlah keseluruhan 829,608 atau 86.2 peratus

Peningkatan kematian juga berlaku apabila 124 lagi meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 16,265 orang.

Related posts

Leave a Comment