Thailand catat 1,458 kes

BANGKOK 21 April – Thailand merekodkan 1,458 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 1,443 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 46,643 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, angka kematian pula meningkat kepada 110 apabila dua lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia.

Kes kematian melibatkan seorang wanita berusia 56 tahun dari Bangkok yang turut mengalami penyakit kronik, mengalami batuk dan demam, diuji positif pada 13 April, dimasukkan ke hospital pada Sabtu lalu dan meninggal dunia pada Isnin.

Kematian ke-110 pula, seorang lelaki, 32 dari Nonthaburi, mengalami batuk dan demam pada 8 April, dimasukkan ke hospital pada 16 April, mengalami masalah paru-paru dan meninggal pada Isnin.

Daripada 1,458 kes baharu itu, 1,454 adalah kes tempatan dan empat kes mereka yang dikuarantin sejurus tiba dari Jepun (dua warga Jepun dan seorang Thai) dan satu kes lagi melibatkan wanita tempatan yang tiba dari Malaysia.

Sebanyak 1,346 kes disahkan di hospital dan 108 ujian pengesanan di dalam masyarakat.

Bangkok merekodkan 365 kes, Chiang Mai 134, Chon Buri 80, Nonthaburi 69, Rayong 64, Samut Prakan 54 dan Phrachuap Khiri Khan 47.

Daripada 46,643 kes , sebanyak 29,371 (63%) telah sembuh termasuk 413 yang pulih dalam tempoh 24 jam manakala 17,162 masih  hospital.

Related posts

Leave a Comment