2,340 kes baharu, 11 kematian

PUTRAJAYA 21 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 yang direkodkan hari ini hanya kurang satu kes daripada semalam iaitu 2,340 menjadikan jumlah keseluruhan 381,813 dengan kes aktif 21,687.

Daripada jumlah kes baharu itu, 12 adalah kes import melibatkan seorang warganegara dan 11 bukan warganegara sementara kes tempatan, 2,136 adalah warganegara dan 192 bukan warganegara.

Sebanyak 40 kes (1.7 peratus) yang dilaporkan adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, penjara, dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Pagar Siput Dua (36 kes), Kluster DTI Lenggeng (3 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Jumlah kes sembuh pula 1,910 menjadikan jumlah kumulatif 358,726 sementara 248 mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 101 memerlukan bantuan pernafasan.

Terdapat 11 kes kematian pada hari ini yang melibatkan enam kes di Sabah, empat kes di Sarawak, dan satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sebanyak sembilan kes melibatkan warganegara dan dua bukan warganegara.

Related posts

Leave a Comment