Tujuh kluster baharu, 340 aktif

PUTRAJAYA 21 April – Tujuh kluster baharu dikenal pasti hari ini yang melibatkan empat kluster komuniti, dua kluster pendidikan termasuk satu kluster sekolah / institusi pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia dan satu kluster tempat kerja.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster 1,541 di mana 1,201 telah tamat termasuk tujuh hari ini manakala 340 kluster masih aktif.

Tujuh kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Industri Sofa, Kluster Andromeda, Kluster Nanga Bulo, Kluster Tapak Bina Jalan Salak, Kluster Industri Sungai Gadut, Kluster Jalan Changkat Jong, dan Kluster Jalan Awang.

Sebanyak 67 kluster merekodkan pertambahan kes baharu hari ini termasuk Kluster Pulai Chondong (79 kes), Kluster Kampung Domis (51 kes), dan Kluster Sungai Rian (47 kes).

  • KLUSTER KAMPUNG TENGAH BETONG

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Betong di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357017) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana berlakunya penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Tengah, Betong. Sehingga 20 April, sejumlah 381 individu disaring, di mana 15 kes dikesan positif.

  • KLUSTER SUNGAI RIAN

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Meradong di Sarawak. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 12 April 2021 hasil saringan bersasar komuniti di Sungai Rian, Bintangor, Meradong. Sehingga 20 April, sejumlah 119 individu telah disaring, di mana 48 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MERANTI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Hulu Selangor dan Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 366050) dilaporkan positif Covid-19 pada 15 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis yang diadakan di Jalan Meranti 3A/14, Bandar Baru Batang Kali, Hulu Selangor pada 10 April 2021. Sehingga 20 April, sejumlah 50 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMAN DATO SENU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 377856) dilaporkan positif Covid-19 pada 20 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah majlis sosial yang berlangsung pada 10 April 2021 di Sentul. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di  mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Dato Senu, Kepong. Sehingga 20 April, sejumlah 55 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PASIR MAS – POHON TANJUNG

Kluster pendidikan ini melibatkan daerah Pasir Mas dan Tanah Merah di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 365719) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Pasir Mas – Pohon Tanjung, Pasir Mas. Sehingga 20 April, sejumlah 46 individu telah disaring, di mana 28 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PADANG LALLANG

Kluster sekolah / institusi pendidikan KPM ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-372390) dilaporkan positif COVID-19 pada 17 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar sebuah sekolah yang terletak di Jalan Padang Lallang, Bukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Sehingga 20 April, sejumlah 39 individu telah disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER HALA KAMPUNG JAWA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Timur Laut, Barat Daya, dan Seberang Perai Utara di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 5 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Hala Kampung Jawa 2, Kawasan Perindustrian Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 20 April, sejumlah 286 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment