Selangor mendahului negeri lain

PUTRAJAYA 21 April – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 526 kes (22.5 peratus) berbanding 539 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 382 kes (72.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak  sebanyak 429 kes (18.3 peratus) dan Kelantan sebanyak 370 kes (15.8 peratus).

  • Selangor: 526 kes 
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk dua kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Putra Tiga dan Kluster Jalan Langat Ceria;
    • 328 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Enam (6) kes import dari luar negara; dan
    • 138 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 429 kes
    • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 67 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Duranda Emas, Kluster Sungai Lemayong, dan Kluster Taman Mesra Bako;
    • 273 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 60 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 370 kes 
    • 132 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 167 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 291 kes  
    • Tiga (3) kes daripada kluster sedia ada;
    • 183 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Lima (5) kes import dari luar negara; dan
    • 100 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 172 kes 
    • 94 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 28 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 170 kes  
    • 85 kes daripada kluster-kluster, termasuk 49 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Pagar Siput Dua dan Kluster Jalan Anggerik 21;
    • 60 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 111 kes 
    • 54 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster-kluster baharu iairu Kluster Jalan Perai Jaya dan Kluster Pintasan Kampung Jawa;
    • 21 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 36 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment