Trend peningkatan kes di Saudi

RIYADH 1 April – Selama seminggu, kes jangkitan harian di Arab Saudi terus  menunjukkan peningkatan apabila 590 kes direkodkan hari ini berbanding 585 semalam dan 556 kes pada hari sebelumnya. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dengan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 390,597. Dalam tempoh 24 jam juga, tujuh lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 6,676 kematian. Sebanyak 386 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 378,46 pulih manakala 5,452 kes aktif di mana 699 dalam keadaan kritikal. Riyadh mencatatkan 238 kes diikuti daerah Timur…

Read More

6,142 kes baharu, 7,248 sembuh

JAKARTA 1 April – Kes harian positif Covid-19 di Indonesia merekodkan 6,142 orang manakala 7,248 pesakit pula sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan 1,517,854 dan 1,355,578 orang sembuh. Sebanyak 196 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 41,054 kematian atau 2.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif. Bagi kes sembuh, Banten merekodkan 2,015 orang dan kumulatifnya 32,696, Jawa Barat 1,157 (223,230), Jakarta 922 (369,857), Jawa Tengah 827 (127,454) orang serta Nusa Tenggara Timur menambah 285 orang (10,407). Jakarta pula merekodkan kes positif tertinggi sebanyak 1,337 dengan kumulatifnya…

Read More

26 kes import di Singapura

SINGAPURA 1 April – Sebanyak 26 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat pukul 12.00 tengah hari ini dengan kesemuanya adalah kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura. Kementerian Kesihatan (MoH) dalam satu kenyataan memaklumkan tiga kes melibatkan rakyat Singapura yang pulang dari Indonesia, Yeman dan India, satu kes seorang Penduduk Tetap Singapura (PR) yang pulang dari Belgium. Sebanyak 17 kes adalah pemegang permit kerja yang tiba dari Jepun, Bangladesh, India, Indonesia, Filipina dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dengan tiga daripada mereka adalah pembantu rumah…

Read More

Program vaksinasi Brunei Sabtu ini

BANDAR SERI BEGAWAN 1 April – Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, berkenan menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 di Istana Nurul Iman hari ini. Menteri Kesihatan, Dr Mohd Isham Jaafar yang mengumumkan demikian berkata, dengan suntikan pertama itu, baginda memperkenankan Program Vaksinasi Kebangsaan Covid-19 dimulakan. Bercakap pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 Brunei Darussalam petang ini, Dr Mohd Isham berkata Program Vaksinasi Kebangsaan itu akan bermula Sabtu ini yang melibatkan tiga fasa. Fasa pertama akan memberi keutamaan kepada petugas barisan hadapan, warga emas berusia 60 tahun ke atas dan juga…

Read More

Permaisuri ‘kembali’ ke bilik berita

KUALA LUMPUR 1 April – Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini. Baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber. Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75 ini juga, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam…

Read More

Filipina catat 8,920 kes baharu

MANILA 1 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,920 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 756,199 kes. Setakat pukul 4 petang ini juga DoH merekodkan 205 kes sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 603,948 atau 79.9 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga meningkat kepada 13,303 orang termasuk enam lagi kematian yang dilaporkan hari ini. Kes aktif pula 138,948 orang atau 18.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Read More

21 kes tempatan, 5 import di Thailand

BANGKOK 1 April – Sebanyak 26 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang meliputi 21 kes tempatan dan lima lagi kes import,  menjadikan jumlah keseluruhan 28,889 kes. Daripada jumlah itu, 13 kes disahkan di hospital manakala lapan lagi hasil pengesanan dalam masyarakat. Wilayah Samut Sakhon merekodkan 11 kes baharu, kesemuanya melibatkan warga Myanmar dan kes dikesan di hospital (tiga kes) dan lapan dalam komuniti. Bandar Bangkok pula merekodkan tujuh kes yang melibatkan enam rakyat Thai dan seorang Myanmar sementara Samut Prakan merekodkan tiga kes, semuanya warga Thai. Lima kes…

Read More

Enam kluster baharu, 362 aktif

PUTRAJAYA 1 April – Sebanyak enam kluster baharu – lima kluster tempat kerja dan satu komuniti direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,378 kluster. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,016 kluster tamat termasuk 14 yang tamat hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Segambut, Kluster Jalan Tun Mutahir, Kluster Persiaran Bunga Tanjung, Kluster Jalan Baru, Kluster Jalan Tronoh. Kluster Jalan Jaya, Kluster Jalan Kota Kulai, Kluster Jalan Cemerlang Besi, Kluster Persiaran Kempas Baru, Kluster Kampung Mak Teh, Kluster Jalan Permas Sembilan, Kluster Batu 21, Kluster Jalan Damansara, dan Kluster Jalan Melati. Kluster…

Read More

Sarawak mendahului Selangor 1 kes

PUTRAJAYA 1 April- Sarawak mendahului Selangor dalam jumlah kes jangkitan harian hari ini apabila merekodkan 238 kes berbanding 237 yang dicatatkan Selangor. Ini diikuti Pulau Pinang yang merekodkan 190 kes dan Johor 165. Sarawak: 238 kes 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 162 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu (1) kes import dari luar negara; dan 54 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Selangor: 237 kes  33 kes daripada kluster-kluster; termasuk dua (2) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Serdang dan Kluster Jalan Sungai Ramal; 130 kes…

Read More

Kes sembuh harian atasi kes positif

PUTRAJAYA 1 April – Sebanyak 1,178 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan 346,678 kes direkodkan sehingga kini dengan 1,158 kes penularan tempatan dan 20 kes import. Daripada 1,158 kes tempatan, 861 melibatkan warganegara dan 297 bukan warganegara manakala kes import melibatkan sembilan warganegara dan 11 bukan warganegara. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,377 kes, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 331,001 dengan 14,399 kes aktif. Sebanyak enam kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,278 manakala 163 menerima rawatan…

Read More