6,142 kes baharu, 7,248 sembuh

JAKARTA 1 April – Kes harian positif Covid-19 di Indonesia merekodkan 6,142 orang manakala 7,248 pesakit pula sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan jangkitan 1,517,854 dan 1,355,578 orang sembuh.

Sebanyak 196 pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 41,054 kematian atau 2.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes positif.

Bagi kes sembuh, Banten merekodkan 2,015 orang dan kumulatifnya 32,696, Jawa Barat 1,157 (223,230), Jakarta 922 (369,857), Jawa Tengah 827 (127,454) orang serta Nusa Tenggara Timur menambah 285 orang (10,407).

Jakarta pula merekodkan kes positif tertinggi sebanyak 1,337 dengan kumulatifnya masih yang tertinggi iaitu 383,392, Banten 905 (38,664), Jawa Barat 904 (251,186), Jawa Tengah 670 (169,480)  dan Jawa Timur 281 kes (139,827).

Rekod kematian harian tertinggi pula dilaporkan di Jawa Barat yang menambah 75 kes dengan kumulatifnya 3.230, Jawa Timur 25 kes (9,947), Banten 15 (803), Jawa Tengah 14 (7,290) dan Kalimantan Timur 11 kes dan kumulatifnya 1.502.

Sementara itu,  program vaksinasi Covid-19 hari ini merekodkan 253,758 lagi mendapat suntikan menjadikan jumlahnya 8,349,475 dan 3,850,791 orang menerima vaksinasi kedua.

Related posts

Leave a Comment