21 kes tempatan, 5 import di Thailand

BANGKOK 1 April – Sebanyak 26 kes jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang meliputi 21 kes tempatan dan lima lagi kes import,  menjadikan jumlah keseluruhan 28,889 kes.

Daripada jumlah itu, 13 kes disahkan di hospital manakala lapan lagi hasil pengesanan dalam masyarakat.

Wilayah Samut Sakhon merekodkan 11 kes baharu, kesemuanya melibatkan warga Myanmar dan kes dikesan di hospital (tiga kes) dan lapan dalam komuniti.

Bandar Bangkok pula merekodkan tujuh kes yang melibatkan enam rakyat Thai dan seorang Myanmar sementara Samut Prakan merekodkan tiga kes, semuanya warga Thai.

Lima kes import pula melibatkan mereka yang dikuarantin selepas ketibaan dari

Myanmar, Sweden, Lebanon, Qatar dan Norway.

Sementara itu daripada 28,889 keseluruhan kes, sebanyak 27,548 (95%) dilaporkan pulih termasuk 122 yang pulih semalam manakala 1,247 masih dirawar di hospital.

Kes kematian pula kekal 94.

Related posts

Leave a Comment