Trend peningkatan kes di Saudi

RIYADH 1 April – Selama seminggu, kes jangkitan harian di Arab Saudi terus  menunjukkan peningkatan apabila 590 kes direkodkan hari ini berbanding 585 semalam dan 556 kes pada hari sebelumnya.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dengan perkembangan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif meningkat kepada 390,597.

Dalam tempoh 24 jam juga, tujuh lagi pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 6,676 kematian.

Sebanyak 386 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 378,46 pulih manakala 5,452 kes aktif di mana 699 dalam keadaan kritikal.

Riyadh mencatatkan 238 kes diikuti daerah Timur 111 dan Makkah 84.

Related posts

Leave a Comment