Sarawak mendahului Selangor 1 kes

PUTRAJAYA 1 April- Sarawak mendahului Selangor dalam jumlah kes jangkitan harian hari ini apabila merekodkan 238 kes berbanding 237 yang dicatatkan Selangor.

Ini diikuti Pulau Pinang yang merekodkan 190 kes dan Johor 165.

  • Sarawak: 238 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 162 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 54 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 237 kes 
    • 33 kes daripada kluster-kluster; termasuk dua (2) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bukit Serdang dan Kluster Jalan Sungai Ramal;
    • 130 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • 10 kes import dari luar negara; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 190 kes
    • 113 kes daripada kluster-kluster; termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Teluk Kumbar;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 165 kes
    • 83 kes daripada kluster-kluster; termasuk 73 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Permas Cetak dan Kluster Kait Gading;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 34 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 101 kes
    • 13 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Sembilan (9) kes import dari luar negara; dan
    • 31 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment