Enam kluster baharu, 362 aktif

PUTRAJAYA 1 April – Sebanyak enam kluster baharu – lima kluster tempat kerja dan satu komuniti direkodkan yang menjadikan jumlah keseluruhan 1,378 kluster.

Daripada jumlah itu, sebanyak 1,016 kluster tamat termasuk 14 yang tamat hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Segambut, Kluster Jalan Tun Mutahir, Kluster Persiaran Bunga Tanjung, Kluster Jalan Baru, Kluster Jalan Tronoh.

Kluster Jalan Jaya, Kluster Jalan Kota Kulai, Kluster Jalan Cemerlang Besi, Kluster Persiaran Kempas Baru, Kluster Kampung Mak Teh, Kluster Jalan Permas Sembilan, Kluster Batu 21, Kluster Jalan Damansara, dan Kluster Jalan Melati.

Kluster aktif pula 362 di mana 55 kluster menambah kes baharu termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Jalan Jelawat (105 kes), Kluster Kait Gading (64 kes), dan Kluster Rimbayan (15 kes).

Enam kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN SUNGAI RAMAL

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-335819) dilaporkan positif COVID-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pelajar-pelajar di dua (2) buah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Sungai Ramal dan Taman Sri Kenari, Kajang. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 312 individu telah disaring, di mana 15 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER BUKIT SERDANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 25 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 184 individu telah disaring, di mana 29 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN TELUK KUMBAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Barat Daya di Pulau Pinang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-337533) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini diambil sempena lokaliti pusat pendidikan di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Bandar Baru Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Barat Daya. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 262 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAIT GADING

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 31 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 16, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 429 individu telah disaring, di mana 65 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERMAS CETAK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-345888) dilaporkan positif COVID-19 pada 1 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah kilang yang terletak di Jalan Permas Jaya 9/13, Bandar Baru Permas Jaya, Masai, Johor Bahru. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 23 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAMAN EMAS

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Lipis di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338151) dilaporkan positif COVID-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan komuniti. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Taman Emas, Lipis. Sehingga 1 April 2021, sejumlah 172 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Related posts

Leave a Comment