Kes sembuh harian atasi kes positif

PUTRAJAYA 1 April – Sebanyak 1,178 kes positif baharu Covid-19 dilaporkan pada Khamis, menjadikan jumlah keseluruhan 346,678 kes direkodkan sehingga kini dengan 1,158 kes penularan tempatan dan 20 kes import.

Daripada 1,158 kes tempatan, 861 melibatkan warganegara dan 297 bukan warganegara manakala kes import melibatkan sembilan warganegara dan 11 bukan warganegara.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 1,377 kes, menjadikan jumlah kumulatif sembuh 331,001 dengan 14,399 kes aktif.

Sebanyak enam kematian baharu direkodkan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,278 manakala 163 menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 81 menerima bantuan alat pernafasan.

Related posts

Leave a Comment