Filipina catat 8,920 kes baharu

MANILA 1 April – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 8,920 kes baharu Covid-19 hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 756,199 kes.

Setakat pukul 4 petang ini juga DoH merekodkan 205 kes sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan 603,948 atau 79.9 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia juga meningkat kepada 13,303 orang termasuk enam lagi kematian yang dilaporkan hari ini.

Kes aktif pula 138,948 orang atau 18.4 peratus daripada keseluruhan kes.

Related posts

Leave a Comment