KUALA LUMPUR 28 Mac – Kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Pusat Jagaan Rohaniah, Sekolah Integrasi Ikhwan, Kg. Gong Kulim, Mukim Semerak, Pasir Puteh, Kelantan bermula 29 Mac sehingga 11 April ini. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, ia bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas semua penghuni serta mengawal pergerakan dan penularan jangkitan dalam komuniti. KKM juga mengesahkan berlaku peningkatan kes secara mendadak dengan sebanyak 25 kes positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti ini. Menerusi satu kenyataan hari ini, Ismail Sabri…
Read MoreMonth: March 2021
Tun Faisal digantung 6 tahun
KUALA LUMPUR 28 Mac – Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz, digantung keahlian dalam parti selama enam tahun bermula 27 Mac 2021 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO. MKT membuat keputusan itu pada mesyuarat malam tadi yang dipengerusikan Presiden, Ahmad Zahid Hamidi. Beliau digantung hak-hak keahlian dalam parti di bawah fasal 20.9 (b) (c) serta di bawah Perlembagaan UMNO dan Tataetika Ahli UMNO. Pada 24 Januari lalu, Tun Faisal antara lain mengeluarkan kenyataan bahawa Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kredibilti selepas percubaan…
Read MoreBN bersendirian hadapi PRU
KUALA LUMPUR 28 Mac – Barisan Nasional (BN) memutuskan akan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) secara bersendirian dengan menggunakan ‘panji-panji’ BN, kata Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi. Pada masa yang sama, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan parti itu tetap dengan keputusan Majlis Kerja Tertinggi iaitu NO PPBM, NO ANWAR, NO DAP dalam menghadapi PRU akan datang. Katanya, tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti tersebut sama ada secara rasmi atau tidak rasmi. Beliau berkata, untuk menjadi dominan semula selepas PRU-15, UMNO mesti menang kerusi terbanyak dan BN perlu menentukan…
Read MoreKeahlian UMNO 3.4 juta
KUALA LUMPUR 28 Mac – UMNO kekal sebagai parti politik terbesar dengan bilangan ahli paling ramai iaitu 3.4 juta orang membabitkan 21,883 cawangan di 191 bahagian di seluruh negara. Setiausaha Agung UMNO, Ahmad Maslan berkata, bilangan ahli teramai mengikut negeri ialah Sabah iaitu seramai 583,979 ahli, diikuti Johor (451,778); Selangor (421,899) dan Kedah (300,589). Bahagian di Sabah mencatatkan bilangan ahli tertinggi iaitu Lahad Datu, Semporna dan Libaran masing-masing merekodkan jumlah seramai 46,570; 40,296 dan 38,131. Bahagian Gombak, Selangor turut tersenarai dalam bilangan ahli teramai iaitu seramai 37,851 ahli dan diikuti…
Read MoreMedia Hari Ini 28.03.2021
“SELAMAT BERSARA DCP HELMI”
SELAMA 35 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM, akhirnya DCP Datuk Helmi bersara mulai esok 28 Mac 2021.Berat hatinya untuk meninggalkan pasukan polis yang baginya bagaikan kehilangan sesuatu setelah bersara. Menjelang hari-hari terakhir persaraannya, DCP Helmi begitu tertekan apabila Geng Tiger masih bebas dan seorang suspek mati dalam tahanan.Kecaman netizen menyebabkan anggotanya terus bertekad memburu penjenayah. Dan hasil satu operasi, pasukannya berjaya menangkap Sam, ketua Geng Tiger yang aktif melakukan rompakan di Kuala Lumpur. Khabar gembira buat DCP Helmi. Pada hari terakhir, beliau menasihatkan anggota pasukannya supaya terus bekerja dan berkhidmat…
Read MoreJAKARTA 27 Mac – Indonesia setakat hari ini, Sabtu merekodkan 1.49 juta kes positif Covid-19 termasuk 4,461 kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari 26/03 – 12 tengah hari ini). Daripada 1,492,002 kes yang dilaporkan itu, sebanyak 1,327,121 pesakit dilaporkan sembuh termasuk 4,234 yang pulih hari ini. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 198 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 40,364 kematian. Sementara itu Jakarta merekodkan 1,354 kes baharu diikuti Jawa Barat 476, Jawa Timur: 275, Kalimantan Selatan: 267, Banten: 220, Kalimantan Timur:…
Read More502 kes baharu di Arab Saudi
RIYADH 27 Mac – Arab Saudi masih merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 selepas merekodkan 502 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 387,794 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, enam lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,643 kematian. Pada masa yang sama, jumlah kes sembuh menunjukkan peningkatan dengan merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 376,558 termasuk 355 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Sementara itu Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 226 kes, satu peningkatan berbanding 213 semalam. Makkah pula merekodkan 94 kes dan daerah Timur merekodkan…
Read MoreThailand catat 80 kes baharu
BANGKOK 27 Mac – Thailand merekodkan 80 kes baharu Covid-19 melibatkan 73 tempatan dan tujuh import dengan satu kes meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 28,657 kes dan 93 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan lelaki penghidap kencing manis berusia 45 tahun di Nakhon Pathom. Daripada 73 kes jangkitan tempatan, Bangkok merekodkan angka tertinggi iaitu 52 atau 71.2 peratus di mana 29 orang adalah dalam kalangan pesakit luar dan 23 melalui pengesanan kes secara aktif. Samut Sakhon merekodkan 15 kes baharu iaitu 11 melibatkan pesakit luar…
Read MoreKes baharu 9,595 di Filipina
MANILA 27 Mac – Masih dengan empat angka dan bermula dengan angka 9, kes jangkitan Covid-19 terus merekodkan lebih 9,000 kes iaitu 9,595, turun sedikit berbanding 9,838 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan setakat pukul 4 petang ini adalah sebanyak 712,442. Menurut Jabatan Kesihatan, sebanyak 481 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 581,161 atau 81.6 peratus dengan kes aktif pula 118,122. Pada masa yang sama, sebanyak 10 orang pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kematian 13,159 orang.
Read More