Kes baharu 9,595 di Filipina

MANILA 27 Mac – Masih dengan empat angka dan bermula dengan angka 9, kes jangkitan Covid-19 terus merekodkan lebih 9,000 kes iaitu 9,595, turun sedikit berbanding 9,838 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan setakat pukul 4 petang ini adalah sebanyak 712,442.

Menurut Jabatan Kesihatan, sebanyak 481 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 581,161 atau 81.6 peratus dengan kes aktif pula 118,122.

Pada masa yang sama, sebanyak 10 orang pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kematian 13,159 orang.

Related posts

Leave a Comment