952 kluster tamat, 392 aktif

PUTRAJAYA 27 Mac – Sebanyak 10 kluster tamat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 952 manakala yang aktif pula 392. Pada masa yang sama sembilan kluster baharu dilaporkan iaitu lima kluster tempat kerja dan empat kluster komuniti yang membawa kepada jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan setakat ini 1,344. Sepuluh kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Gemilang Satu, Kluster Jalan Scientex Jaya, Kluster Kampung Pulau Raja, Kluster Jalan Putra Silang, Kluster Tapak Bina Persiaran Puteri, Kluster Casa Permai, Kluster Renggam, Kluster Seruling, Kluster Jalan Mega Teknologi, dan Kluster Tapak…

Read More

Selangor catat penurunan kes

PUTRAJAYA 27 Mac – Selangor masih mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 283 kes (23.6 peratus) tetapi menunjukkan penurunan berbanding hari-hari sebelum ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 203 kes (71.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 267 kes (22.3 peratus), Kelantan sebanyak 138 kes (11.5 peratus) dan Pulau Pinang 125 kes. Selangor: 283 kes  28 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu kes import dari luar negara; dan…

Read More

Kes baharu turun kepada 1,199

Status terkini COVID-19 setakat 27 Mac 2021 Jumlah kes sembuh baru: 1,257 kes Jumlah kumulatif kes sembuh: 325,182 kes (95.5%) Jumlah kes baharu COVID-19: 1,199 kes Jumlah kumulatif: 340,642 kes Jumlah kes aktif: 14,209 kes Kes tempatan: 1,194 kes (959 WN, 235 BWN) Kes import: 5 kes (2 WN, 3 BWN) Jumlah kematian baru: 2 kes (1 WN, 1 BWN) Jumlah kumulatif kematian: 1,251 kes (0.37 %) Jumlah kes di ICU: 167 kes Pesakit COVID-19 Intubated: 72 kes

Read More

Galeri seni hargai Kit Siang

KUALA LUMPUR: Bagi menghargai liku-liku kehidupan politik Lim Kit Siang, beberapa individu mewujudkan Galeri Seni Theatre Impian yang juga sempena ulang tahun kelahiran ke-80 veteran DAP itu. Sebanyak 100 karya seni dipamerkan yang menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, ia dihasilkan oleh 80 pengkarya tempatan. Teater Impian  adalah sorotan hidup, perjuangan dan aspirasi veteran DAP ini untuk Malaysia yang dihasilkan oleh penyokong yang mahu menghargai Kit Siang, yang selama lebih 55 tahun berkecimpung dalam bidang politik. Selain lukisan, beberapa karya seni berbentuk catan, kaligrafi dan seni saduran memaparkan setiap…

Read More

UMNO bukan ‘anak ayam’

KUALA LUMPUR 27 Mac – UMNO perlu menjadi ‘striker’ (pemain utama) dan tidak boleh lagi menjadi ‘anak ayam’ sebaliknya sebagai induk ayam, kata Timbalan Presiden, Mohamad Hasan. “Induk akan sayang semua anaknya. Bukan orang Melayu sahaja yang kami jaga, kami akan menjaga semua kaum juga,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas ucap utama beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), beliau berkata, jawatan Perdana Menteri adalah untuk UMNO, untuk BN. Katanya, UMNO yang sudah meneraju negara buat 60 tahun tidak biasa mengikut dan tunduk pada arahan mana-mana pihak. “Walaupun…

Read More

“Jangan gadai kerusi UMNO”

KUALA LUMPUR 27 Mac – Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan, sekali lagi mengulangi pendirian parti bahawa semua kerusi UMNO adalah milik parti itu dan ia tidak akan sesekali dilepaskan. Susulan itu, beliau berkata, UMNO tidak akan mengalah dan memperjudikan mana-mana kerusi parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Tegasnya, UMNO tidak akan memperjudikan mana-mana kerusi UMNO. Kerusi UMNO adalah kerusi UMNO, dulu, kini dan selamanya. “Ia bukan untuk dilepaskan. Jangan gadaikan kerusi kita demi memberi talian hayat kepada mana-mana pihak. Jangan ada yang cuba untuk mengilas tangan UMNO,” katanya…

Read More

Kes harian Arab Saudi meningkat

RIYADH 26 Mac – Kes positif harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan peningkatan apabila melebihi 500 kes berbanding 482 kes semalam. Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah yang dicatatkan adalah 510 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 387,292 kes. Dalam tempoh 24 jam, tujuh lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 6,637 kematian. Sebanyak 372 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 376,203. Kes aktif pula 4,452 di mana 630 dalam keadaan kritikal. Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 213 kes diikuti daerah Timur 94…

Read More

Filipina lepasi 700,000 kes

MANILA 26 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina melepasi 700,000 kes apabila 9,838 lagi kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 702,856. Catatan harian hari ini adalah yang tertinggi direkodkan selepas 8,773 kes yang direkodkan semalam (25 Mac) dan 8,019 kes pada 22 Mac. Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang, sebanyak 54 orang pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 13,149 kematian. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 663 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan lagi jumlah kes sembuh kepada 580,689 orang…

Read More