“SELAMAT BERSARA DCP HELMI”

SELAMA 35 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM, akhirnya DCP Datuk Helmi bersara mulai esok 28 Mac 2021.Berat hatinya untuk meninggalkan pasukan polis yang baginya bagaikan kehilangan sesuatu setelah bersara.

Menjelang hari-hari terakhir persaraannya, DCP Helmi begitu tertekan apabila Geng Tiger masih bebas dan seorang suspek mati dalam tahanan.Kecaman netizen menyebabkan anggotanya terus bertekad memburu penjenayah.

Dan hasil satu operasi, pasukannya berjaya menangkap Sam, ketua Geng Tiger yang aktif melakukan rompakan di Kuala Lumpur. Khabar gembira buat DCP Helmi.

Pada hari terakhir, beliau menasihatkan anggota pasukannya supaya terus bekerja dan berkhidmat dengan penuh dedikasi dan integriti.

Begitulah berakhirnya Gerak Khas The Finale (GKTF) terbitan Skop Productions Sdn. Bhd. Datuk Yusof Haslam adalah sebagai penerbit, pengarah dan pelakon.

GKTF mula bersiaran di TV3 pada 4 Disember tahun lalu setiap Jumaat dan Sabtu.
Gerak Khas drama kepolisan itu dianugerahkan ‘The Longest Drama in Malaysia’ oleh Malaysia Book of Record pada tahun 2010 mula ditayangkan di RTM pada 5 April 1999.

Sepanjang ditayangkn di RTM sebanyak 1,000 episod telah menemui para peminatnya.

Bagaimanapun setelah bersiaran 20 tahun di RTM, Gerak Khas beralih ke TV3 dan dikenali “Gerak Khas The Finale” dengan mengekalkan kesemua pelakon asalnya antaranya Norman Hakim (ACP Haris), SAC Shaharol Anuar (SAC Saiful), Erra Fazira (ASP Jeslina), Salina Saibi (ASP Salina), Sheera Iskandar (Inspektor Sheera), C. Kumaresan (DSP Kumar) dan turut berlakon Datuk Rahim Razali, A. Galak, Abby Abadi (DSP Aleeza), Ungku Ismail (Inspektor Daniel), Izad, Farid Amirul, Z.Zamri, Deen Maiden dan penampilan istimewa Datuk Yusof Haslam sebagai DCP Datuk Helmi.

Cerita lanjut boleh baca tulisan Muzlina Abu Bakar di bebasnews.my

Related posts

Leave a Comment