502 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Mac – Arab Saudi masih merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 selepas merekodkan 502 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 387,794 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, enam lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,643 kematian.

Pada masa yang sama, jumlah kes sembuh menunjukkan peningkatan dengan merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 376,558 termasuk 355 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.

Sementara itu Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 226 kes, satu peningkatan berbanding 213 semalam. Makkah pula merekodkan 94 kes dan daerah Timur merekodkan 86 kes.

Sebanyak 4,593 kes aktif dilaporkan dengan 635 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment