MB Kedah terima suntikan vaksin

ALOR SETAR 28 Feb. – Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor menjadi individu pertama di Kedah menerima suntikan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech pada Program Suntikan Covid-19 di Wisma Darul Aman, hari ini..

Muhammad Sanusi merupakan antara enam individu yang menerima suntikan kira-kira pukul 5.05 petang ini.

Turut menerima suntikan ialah Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd Hayati Othman dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah, Dr Mohd Fikri Ujang dan tiga lagi petugas barisan hadapan.

Muhammad Sanusi berharap rakyat Kedah bersedia untuk menerima suntikan vaksin dan tidak terpengaruh dengan usaha-usaha pihak tertentu untuk menimbulkan keraguan kepada masyarakat.

Katanya, rakyat seharusnya merujuk kepada pakar vaksin dan bukannya golongan yang di luar bidang terbabit.

Muhammad Sanusi berkata seramai 1.76 juta penduduk Kedah dijangka menerima suntikan vaksin Covid-19 secara berperingkat mulai hari ini sehingga Februari 2022.

Katanya, bagi fasa pertama, Kedah diperuntukkan sebanyak 50,310 dos vaksin Covid-19 yang akan disuntik kepada seramai 25,155 penerima barisan hadapan.

Bagi fasa kedua bermula April hingga Ogos dan fasa ketiga bermula Mei 2021 hingga Februari tahun depan.

Related posts

Leave a Comment