Pakej Covid-19 AS$1.9 trilion

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden berharap Dewan Senat dapat meluluskan segera pakej bantuan pandemik Covid-19 bernilai AS$1.9 trilion (RM77 trilion) bagi membantu rakyat negara itu.

“Kini, rang undang-undang itu perlu dibahaskan di Dewan Senat yang mana saya berharap ia akan mendapat keputusan secepatnya,” kata Presiden AS, Joe Biden.

Beliau mengulas keputusan Dewan Perwakilan AS  meluluskan pakej bantuan pandemik Covid-19 itu di mana undian diluluskan dengan 219 menyokong sementara 212 menentang.

Rang undang-undang tersebut kini perlu dibahaskan di Dewan Senat.

Senat sebelum ini dilaporkan menolak salah satu elemen penting dalam pakej bantuan tersebut iaitu gaji minimum AS$15 sejam.

“Dengan undian mereka, kita satu langkah ke hadapan untuk melakukan vaksinasi kepada seluruh penduduk. Kita satu langkah ke hadapan memberikan 1,400 dolar kepada setiap rakyat Amerika.

“Kita juga satu langkah ke hadapan untuk memberi bantuan kepada mereka yang menganggur dan membantu rakyat memberikan bekalan keperluan harian kepada keluarga mereka,” katanya.

Beliau juga berkata, dengan pakej itu, AS akan memastikan anak-anak kembali ke sekolah dengan selamat atau memberikan bantuan kepada kerajaan negeri untuk mengurangkan kadar pengangguran.

Related posts

Leave a Comment