PUTRAJAYA 21 Feb. – Sebanyak 3,297 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan enam daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara. Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 283,569. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan juga menunjukkan peningkatan dengan 4,456 kes dilaporkan menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini 249,209. Sebanyak 124 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok…
Read MoreMonth: February 2021
73,710 dos vaksin tiba di Johor
JOHOR BHARU 21 Feb.- Selepas KLIA, Johor Bahru turut menyambut ketibaan vaksin melalui jalan darat di Tambak Johor kira-kira pukul 2 petang ini. Sejumlah 73,710 dos vaksin Pfizer-BioNTech dibawa dengan kenderaaan DHL dari Singapura dan telah dihantar ke empat Pusat Simpaan Vaksinasi (PSV). Hadir menyambut vaksin itu adalah Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, Menteri Sains merangkap penyelaras Khairy Jamaludin dan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong serta Menteri Besar Johor, Ir. Hasni bin Mohammad. Vaksin ini akan diedarkan ke seluruh 54 Pusat Pemberian Vaksian (PPV) yang ada di seluruh negeri Johor.…
Read MoreKuantan kini bandar raya
KUANTAN 21 Feb. – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Kuantan, ibu negeri Pahang, sebagai bandar raya dalam majlis bersejarah hari ini. Al-Sultan Abdullah dalam titah Diraja, menzahirkan hasrat mahu melihat Kuantan yang mula wujud pada pertengahan kurun ke-19 menerusi sistem penubuhan Kuantan Sanitary Board pada 1 Ogos 1913 terus mencipta lebih banyak kejayaan sebagai sebuah bandar raya yang unggul. “Namun, penubuhan sebuah bandar raya bukanlah semata-mata pada nama. Justeru, dalam meniti hari-hari mendatang, kerajaan negeri beta dan Majlis Bandaraya Kuantan hendaklah sentiasa menumpukan usaha ke arah…
Read MorePM terima vaksin 24 Februari
SEPANG 21 Feb. – Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan diawalkan dari tarikh yang ditetapkan pada 26 Februari apabila Perdana Menteri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan pertama vaksin pada 24 Februari di Klinik Kesihatan Putrajaya. Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata turut akan menerima suntikan pada hari sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Bercakap pada sidang media di sini, beliau berkata, Perdana Menteri akan menerima suntikan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri. Beliau berkata, setakat ini 271,802 petugas barisan hadapan berdaftar untuk menerima vaksin pada fasa pertama di…
Read MoreVaksin Covid-19 tiba di KLIA
SEPANG 21 Feb. – Pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH604 yang membawa vaksin pertama untuk Malaysia, Pfizer-BioNTech selamat mendarat di KLIA pada kira-kira pukul 10.07 pagi ini. Dikendalikan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) iaitu cabang kargo syarikat penerbangan nasional Malaysia Airlines Bhd, penerbangan Passenger-to-Cargo (P2C) itu menggunakan pesawat Airbus 330-300 Pesawat dengan hiasan livery Jalur Gemilang itu sebagai simbolik bahawa 312,390 dos vaksin tersebut adalah untuk rakyat Malaysia. Kapten Hamdan Che Ismail dari Tumpat Kelantan yang berkhidmat dengan MAS selama 29 tahun adalah orang yang bertanggungjawab menerbangkan pesawat berkenaan. “Saya amat…
Read MoreMedia Hari Ini 21.02.2021
Ketepikan perbezaan pendapat
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta UMNO Sabah mengetepikan perbezaan pendapat dan melupakan titik bengit demi kepentingan rakyat. Katannya, soal rakyat harus menjadi keutamaan dan untuk itu sebarang perbezaan pendapat perlu diketepikan sebaliknya masing-masing terus ke depan untuk bersama-sama mencari titik persamaan. “Tentunya perbezaan pendapat harus dilayan namun harus ada akhlak untuk menangani perbedaan pendapat. Ada adab dalam menangani perbedaan. Dalam keadaan inilah lupakan titik bengit. Rakyat tidak harus dilupakan. “Kita lupakankan perbezaan di kalangan kita, sebagai manusia biasa, kita mempunyai kelemahan dan tentunya…
Read MoreUMNO Sabah hampir tenggelam selepas 30 tahun
SELEPAS hampir 30 tahun, ‘kapal besar’ itu tiba-tiba dilambung ombak. Hampir tenggelam. Nakhoda dan beberapa anak kapal ‘terjun’ menyelamatkan diri selepas menyedari ‘kapal yang sedang belayar itu mengalami kebocoran’. Bagi yang cemas, mabuk dilambung ombak dan tidak mampu bertahan terus terjun ke laut untuk mencari kapal baharu yang lebih selamat. Bagaimanapun yang masih bertahan di atas kapal mampu meneruskan pelayaran walaupun ketika itu masing-masing menyalahkan itu dan ini mengenai kapal itu. Hakikatnya, selama ini, merekalah yang sama-sama mengemudi pelayaran. Mungkin itulah gambaran berhubung UMNO Sabah yang bakal menyambut ulang tahun…
Read More325 kes baharu, 3 kematian di Saudi
RIYADH 20 Feb. – Arab Saudi merekodkan 325 kes baharu jangkitan Covid-19 yang membawa jumlah keseluruhan meningkat kepada 374,691 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) tiga lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 dan ini menjadikan jumlah kumulatif 6,457 kematian. MoH juga melaporkan jumlah pesakit sembuh telah meningkat kepada 365,745 termasuk 382 lagi pesakit pulih hari ini. Sementara itu Riyadh terus mencatatkan kes jangkitan tertinggi dengan 171 kes diikuti daerah timur sebanyak 53 kes dan daerah Makkah 44 kes. Kes aktif pula 2,489 di mana 510 kritikal.
Read More8,054 kes baharu di Indonesia
JAKARTA 20 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia meningkat kepada 1,271,353 berikutan 8,054 lagi kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam. Pada masa yang sama, sebanyak 164 orang pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 34,316 kematian. Kes sembuh juga merekodkan peningkatan apabila 9,835 pessakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,078,840. Jumlah kes aktif pula adalah 158,197 sementara terdapat 79,316 suspek yang berkait dengan Covid-19.
Read More