3,297 kes baharu, 5 kematian

PUTRAJAYA 21 Feb. – Sebanyak 3,297 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan enam daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara.

Ini sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 283,569.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit yang sembuh daripada pandemik berkenaan juga menunjukkan peningkatan dengan 4,456 kes dilaporkan menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini 249,209.

Sebanyak 124 kes (3.8 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (50 kes), Kluster Tembok Bendera (42 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (18 kes), Kluster Telok Mas (5 kes), Kluster Penjara Sungai Jelok (5 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (2 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (2 kes).

Dalam tempoh yang sama, kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 yang direkodkan Kementerian Kesihatan ialah sebanyak 33,304 kes.

Dr Noor Hisham turut memaklumkan, pertambahan sebanyak lima kes kematian baharu turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 1,056 kes.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di  Selangor dan Terengganu, serta satu kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sebanyak empat kes kematian melibatkan warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Setakat ini, sebanyak 209 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 91 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment