Peperiksaan norma baharu

SERAMAI 401,105 pelajar di seluruh negara mula menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 mulai hari ini 22 Februari dalam suasana berbeza ketika negara masih berdepan pandemik Covid-19. Ketika kebiasaannya waktu ini mereka sedang menunggu keputusan peperiksaan, tetapi hari ini baharu bermula setelah peperiksaan itu terpaksa ditangguhkan pada November lalu akibat penularan wabak Covid-19 sejak Mac 2020. Kelainan peperiksaan kali ini calon-calon memasuki dewan peperiksaan bukan sekadar berbekalkan alat tulis tetapi juga perlu membawa ‘perisai’ iaitu pelitup muka atau pelindung muka bagi mencegah penularan wabak tersebut. Kumpulan pelajar Tingkatan Lima…

Read More

315 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 21 Feb. – Arab Saudi merekodkan 315 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan setakat ini 375,006. Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 6,461 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 349 kes dilaporkan sembuh, mengatasi kes positif yang menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 366,094. Riyadh merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 177 kes diikuti daerah Timur 57 kes dan Makkah 28. Jumlah kes aktif pula 2,451 dengan 508 dalam keadaan kritikal.

Read More

11 kes baharu Singapura, kini 59,869

SINGAPURA 21 Feb. – Sebanyak 11 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini yang membawa jumlah keseluruhan 59,869 kes dengan jumlah kematian kekal 29. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kesemua kes tersebut diimport dan dikenakan notis jangan keluar rumah sebaik tiba di negara ini. Kes melibatkan dua warga Singapura dan seorang penduduk tetap yang pulang dari India dan Nepal, tiga pemegang pas tanggungan yang tiba dari India dan Emiriyah Arab Bersatu, seorang pemegang pas lawatan jangka panjang yang tiba dari Myanmar manakala seorang lagi adalah pemegang pas kerja…

Read More

Jakarta tambah 7,300 kes

JAKARTA 21 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini bertambah sebanyak 7,300 orang dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,278,653 kes. Lima wilayah merekodkan penambahan kes baharu tertinggi iaitu Jakarta 2.720 dengan kumulatifnya mencapai 310.366 diikuti  Jawa Barat 1,021, Jawa Tengah 487, Jawa Timur 446 dan Kalimantan Timur 406. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula mencapai 34,489 orang apabila 173 lagi dilaporkan meninggal dunia di mana Jakarta menambah  55 kes, Jawa Timur 34, Jawa Tengah 12, Kalimantan Timur 12 dan  Bali lapan..  Setakat ini Jawa Timur…

Read More

Thailand catat 92 kes baharu

BANGKOK 21 Feb. – Thailand merekodkan 92 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 25,415 kes sementara tiada kematian baharu dilaporkan. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 38 kes adalah hasil pengesanan aktif dan yang lain termasuk jangkitan yang dilaporkan hospital. Samut Sakhon merekodkan 33 kes melibatkan 19 warga Thai dan bakinya migran Myanmar, Pathum Thani tujuh kes, Bangkok dan Ang Thong masing-masing tiga kes manakala Chon Buri dan Khon Kaen masing-masing satu kes. Enam kes import pula masing-masing satu kes dari Jerman, Amerika Syarikat, Brazil, Ethiopia, Kuwait…

Read More

1,888 kes tambahan di Filipina

MANILA 21 Feb. – Jabatan Kesihatan Filipina mencatatkan 1,888 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 561,169 kes. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 20 pesakit meninggal dunia sekaligus meningkatkan jumlah kematian kepada 12,088 kes. Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 9,737 kes menjadikan jumlah pesakit sembuh 522,843 atau 93.2 peratus. Kes aktif pula 26,238.

Read More

PKPD asrama, kilang, tapak binaan

KUALA LUMPUR 21 Feb. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dilaksanakan di asrama, kilang dan tapak binaan Central Medicare, Hilir Perak, Perak mulai 22 Februari sehingga 7 Mac. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, ini adalah untuk memudahkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan secara bersasar ke atas hampir 2,808 orang pekerja, susulan peningkatan kes di kawasan berkenaan. Sehingga 19 Februari, sebanyak 1,966 ujian saringan dilaksanakan dan daripada jumlah itu, sebanyak 185 orang didapati positif Covid-19.

Read More

Enam kluster baharu, 510 aktif

PUTRAJAYA 21 Feb. – Kementerian Kesihatan merekodkan enam kluster baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster 1,074. Setakat hari ini, 564 kluster tamat termasuk enam kluster hari ini iaitu Kluster Mikro, Kluster Tasik Utama, Kluster Titian, Kluster Tapak Bina Jalan Wangsa, Kluster Kota Road, dan Kluster Tanjung Lumpur. Jumlah kluster aktif pula adalah 510 dan hari ini 82 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Jalan Changkat Jong (1,046 kes), Kluster Industri Selesa (171 kes), dan Kluster Tanjung Suria (97 kes). Berikut enam kluster berkaitan tempat kerja. KLUSTER JALAN KOTA KULAI…

Read More

Perak catat kes tertinggi

PUTRAJAYA 21 Feb. – Perak merekodkan kes tertinggi jangkitan Covid-19 hari  ini dengan catatan 1,215 kes diikuti Selangor 868, dan Johor 431. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes mendadak di Negeri Perak adalah disebabkan oleh pengesanan aktif daripada Kluster Jalan Changkat Jong. Kluster ini dumumkan pada 18 Februari 2021 dan dikenal pasti  hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja di kilang yang terletak di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak. Hari ini sahaja ada 1, 046 kes baharu dilaporkan iaitu 1,036 kes adalah pekerja…

Read More