73,710 dos vaksin tiba di Johor

JOHOR BHARU 21 Feb.- Selepas KLIA, Johor Bahru turut menyambut ketibaan vaksin melalui jalan darat di Tambak Johor kira-kira pukul 2 petang ini.

Sejumlah 73,710 dos vaksin Pfizer-BioNTech  dibawa dengan kenderaaan DHL dari Singapura dan telah dihantar ke empat Pusat Simpaan Vaksinasi (PSV).

Hadir menyambut vaksin itu adalah Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, Menteri Sains merangkap penyelaras Khairy Jamaludin dan Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong serta  Menteri Besar Johor, Ir. Hasni bin Mohammad.

Vaksin ini akan diedarkan ke seluruh 54 Pusat Pemberian Vaksian (PPV) yang ada di seluruh negeri Johor. Petugas barisan hadapan di negeri Johor adalah golongan pertama yang akan menerima vaksin ini secara berperingkat-peringkat mulai minggu ini.

Vaksin yang dibawa menggunakan trak DHL ini adalah kumpulan pertama vaksin yang sama tiba di KLIA pagi tadi daripada kilang Pfizer-BioNTech di Puurs, Belgium.

 

Related posts

Leave a Comment