SINGAPURA 20 Feb. – Sebanyak 12 kes baharu Covid-19 dilaporkan di Singapura setakat tengah hari ini, Sabtu kesemuanya kes import dan tiada kes penularan tempatan mahupun di asrama pekerja asing. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH), kes import hari ini termasuk dua rakyat Singapura yang pulang dari India dan United Kingdom, dua kes melibatkan pemegang Pas Tanggungan yang tiba dari India. Selain itu, tiga kes adalah pemegang Pas Pelajar yang tiba dari India, dua kes pemegang Pas Kerja yang tiba dari Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Amerika Syarikat, satu kes melibatkan pemegang…
Read MoreMonth: February 2021
PKPD di 10 kawasan perumahan
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di 10 kawasan di taman-taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD di kawasan berkenaan berkuat-kuasa bermula esok (Ahad) sehingga 6 Mac ini. Kawasan terbabit ialah Taman Desa Bangau, Taman Seberang Damai, Taman Kenari, Taman Seberang Temerloh, Taman Jaya 7, Taman Jaya 2, Taman Jaya 3, Taman Jaya 4, Taman Kelisa dan Desa Bangau. Jelas Ismail Sabri, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat peningkatan kes positif secara mendadak dengan 72 kes…
Read More135 rentas negeri, daerah
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Sepanjang semalam, sebanyak 135 individu melakukan kesalahan rentas negeri atau daerah, kesalahan paling tinggi iikuti 128 orang gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 461 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menerusi operasi pematuhan yang dijalankan pada Jumaat. Kesalahan lain yang direkodkan adalah gagal menyediakan peralatan merekod diri dan pelanggan (72 kes), tidak memakai pelitup muka (77) manakala lain-lain (42). “Daripada jumlah itu, 430 telah dikenakan kompaun manakala 31 direman,” katanya dalam…
Read More10 kluster baharu, 510 aktif
PUTRAJAYA 20 Feb. – Sepuluh lagi kluster kesemuanya berkaitan tempat kerja dikesan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,068 kluster. Bagaimanapun 558 kluster telah tamat termasuk 11 yang tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Terolak, Kluster Persiaran Tasek, Kluster Jalan Mawila, Kluster Rawa Akasia, Kluster Pasar Baru, Kluster Sawmill Luit, Kluster Pantai Peringgit, Kluster Kampung Badak, Kluster Jalan Ijuk, Kluster Belati, dan Kluster Setapak Indah; Kluster aktif pula adalah 510 di mana 91 kluster menambah kes termasuk Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Sungai Putus (128 kes), dan Kluster Tanjung…
Read MoreSelangor 1,001 kes, Kelantan naik
SELANGOR mendahului dengan 1,001 kes tetapi Kelantan menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 257 berbanding semalam 38 kes. Daripada 1,001 kes ini, sebanyak 757 kes (75.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Kelantan sebanyak 257 kes (10.4 peratus) dan Johor sebanyak 233 kes (9.5 peratus). Selangor: 1,001 kes 409 kes daripada kluster-kluster; termasuk 50 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Perdana Tiga dan Kluster Jalan Perusahaan Satu; 348 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 244 kes daripada lain-lain…
Read MoreKes harian 2,461, kematian 8
PUTRAJAYA 20 Feb. – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan tambahan 2,461 kes Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini meningkat kepada 280,272 kes. Daripada jumlah itu, 1,589 melibatkan warganegara dan 872 bukan warganegara. Sebanyak 298 kes (12.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bukit Besi (146 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (50 kes). Kluster Tembok Bendera (39 kes), Kluster Tembok Tapah (33 kes), Kluster Damai Pelangi (13 kes), Kluster DTI Sepang 2 (8 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (6 kes),…
Read MoreThai catat 71 tempatan, 11 import
BANGKOK 20 Feb. – Sebanyak 82 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 25,323. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada jumlah itu, sebanyak 71 adalah kes tempatan manakala baki 11 kes adalah import. Daripada 71 kes tempatan, Samut Sakhon merekodkan 35 kes atau 49.3 peratus, Bangkok enam kes, dan lain-lain wilayah 30 kes. Sementara itu kes import yang dikuarantin pula melibatkan ketibaan dari Amerika Syarikat (2), Rusia (2), Jerman (1),India (1), Nigeria (1), Perancis (1), Kenya (1), Emiriyah Arab Bersatu (1),…
Read More2,240 kes baharu di Filipina
MANILA 20 Feb. – Filipina hari ini menambah 2,240 lagi kes jangkitan Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini 559,288 kes. Jabatan Kesihatan (DoH) juga melaporkan setakat pukul 4 petang, sebanyak 239 lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 12,068 orang. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 504 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan jumlah kes sembuh kepada 513,120 atau 91.7 peratus. Kes aktif pula sebanyak 34,100.
Read MorePiramid Makanan 2020
PIRAMID Makanan Malaysia 2020 yang merupakan semakan semula kepada Piramid Makanan 2010 selaras dengan bukti saintifik dan status pemakanan rakyat Malaysia yang terkini. Panduan Diet Malaysia 2020 disasarkan kepada golongan dewasa berumur 18 hingga 59 tahun. Saranan pemakanan sihat dalam panduan diet ini disampaikan melalui 14 Mesej Utama, di antaranya lebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan serta banyak minum air kosong setiap hari. Pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi penting untuk meningkatkan sistem imuniti tubuh. Manakala pengambilan 6 hingga 8 gelas air kosong sehari dapat memastikan kesihatan dan fungsi tubuh yang…
Read MoreTidak pasti bila pandemik AS tamat
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden tidak berani berjanji bila pandemik Covid-19 akan berakhir di negara itu. Katanya, pentadbiran beliau akan berusaha sedaya upaya untuk mempercepatkan pemulihan Amerika Syarikat (AS) daripada wabak tersebut. AS kekal sebagai negara paling teruk terjejas dengan kes kematian dan kes positif Covid-19 tertinggi di dunia. “Di sebalik kemajuan itu, kita masih berada dalam keadaan pandemik. Strain baru pula muncul. Dalam beberapa hari, kita akan melebihi angka 500,000 kematian rakyat Amerika akibat Covid-19,” katanya. Beliau berkata angka itu hampir 70,000 lebih banyak daripada jumlah yang maut…
Read More