Thailand catat 92 kes baharu

BANGKOK 21 Feb. – Thailand merekodkan 92 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan meningkat kepada 25,415 kes sementara tiada kematian baharu dilaporkan.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 38 kes adalah hasil pengesanan aktif dan yang lain termasuk jangkitan yang dilaporkan hospital.

Samut Sakhon merekodkan 33 kes melibatkan 19 warga Thai dan bakinya migran Myanmar, Pathum Thani tujuh kes, Bangkok dan Ang Thong masing-masing tiga kes manakala Chon Buri dan Khon Kaen masing-masing satu kes.

Enam kes import pula masing-masing satu kes dari Jerman, Amerika Syarikat, Brazil, Ethiopia, Kuwait dan Oman.

Hanya ketibaan dari AS dan Oman adalah warga Thai.

Related posts

Leave a Comment