Kes harian Filipina 2,288

MANILA 22 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,288 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 563,456 kes. Setakat pukul 4 petang ini, enam lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 12,094 kematian. Kes sembuh pula meningkat kepada 522,874 orang atau 92.8 peratus daripada jumlah kes termasuk 33 kes sembuh hari ini. Kes aktif pula 28,488 orang. Sementara itu Filipina meluluskan vaksin Sinovac Biotech Covid-19 untuk penggunaan kecemasan, tetapi bukan untuk 1.4 juta petugas khidmat kesihatan yang berisiko terdedah kepada virus itu disebabkan tahap keberkesanan vaksin yang berbeza-beza. Menurut Agensi…

Read More

Program vaksinasi Australia bermula

AUSTRALIA: Sekurang-kurangnya 60,000 orang dijangka disuntik Vaksin Covid-19 minggu ini berikutan program suntikan vaksin secara besar-besaran di Australia bermula hari ini, 22 Februari Kumpulan pertama 700,000 orang yang akan diberi suntikan vaksin Pfizer BioNTech itu terdiri daripada pekerja barisan hadapan dalam sektor kesihatan, pengawal sempadan serta pekerja dan penghuni rumah-rumah tumpangan. Semalam, sekumpulan 20 orang diberi suntikan tersebut termasuk Perdana Menteri Scott Morrison. Suntikan tidak diwajibkan dan diberi secara percuma. Pihak berkuasa berharap dapat menyuntik semua orang yang mahu menjelang bulan Oktober ini. Ketua pegawai perubatan Australia berkata kira-kira 20…

Read More

Lapan kluster baharu, 14 tamat

PUTRAJAYA 22 Feb. – Lapan kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,082 manakala jumlah kluster tamat meningkat kepada 578 berikutan 14 lagi kluster tamat hari ini. Kluster aktif pula 504 termasuk lapan kluster yang direkodkan hari ini yang melibatkan tujuh kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster melibatkan komuniti. Empat belas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Parit Jamil, Kluster Manik, Kluster Batu Lapan, Kluster Paloh Tumpat, Kluster Pondok Hidayah, Kluster Sungai Chemubong, Kluster Jalan TJ, Kluster Stutong, Kluster Sungai Ibor, Kluster Industri Apas, Kluster Jalan KKIP Selatan,…

Read More

Selangor kembali mendahului

SELANGOR kembali mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 910 kes (41.5 peratus) selepas Perak yang tertinggi semalam berada di kedudukan kelima dengna 148 kes. Daripada jumlah ini kes di Selangor itu, sebanyak 742 kes (81.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 303 kes (13.8 peratus) dan Sarawak sebanyak 221 kes (10.1 peratus). Selangor: 910 kes  415 kes daripada kluster-kluster, termasuk tujuh (7) kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Kota, Tapak…

Read More

2,192 kes baharu, 6 kematian

PUTRAJAYA 22 Feb. – Sebanyak 2,192 kes baharu Covid-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu dengan tiga daripadanya merupakan kes import yang menerima jangkitan dari luar negara. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 285,761 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr.Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah pesakit  sembuh  juga menunjukkan peningkatan dengan 3,414 kes dilaporkan sekali gus menjadikan angka kumulatif kes sembuh kini 252,623. Sebanyak 109 kes (5.0 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan depot tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (39 kes), Kluster Tembok Bendera…

Read More

120 cuba rentas negeri/daerah

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Seramai 509 individu ditahan atas pelbagai kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, 466 dikompaun, 39 direman dengan empat daripadanya dijamin. Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, antara kesalahan yang direkodkan ialah rentas daerah/negeri tanpa kebenaran (120), gagal menyediakan peralatan/merekod diri/pelanggan (111), tiada penjarakan fizikal (95) dan aktiviti perjudian (54). Sebanyak 49 kes tidak memakai pelitup muka, manakala aktiviti pusat hiburan (37), keluar rumah tanpa alasan munasabah (11), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (8) dan lain-lain (24). Sementara itu , seramai 10,288 warga asing…

Read More

PKPD di dua kampung

KUALA LUMPUR 22 Feb. – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di dua lagi kawasan di Sabah dan Sarawak, kata Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob. Lokasi terbabit ialah Kampung Emperoh Jambu di Kuching dan Kampung Tanah Merah, Kota Marudu. Katanya, sebanyak 60 kes positif Covid-19 dilaporkan di lokaliti ini dan Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat peningkatan mendadak jumlah kes tersebut. PKPD ini akan membolehkan pihak berkuasa melaksanakan saringan bersasar ke atas 1,215 penduduk. PKPD di Kampung Tanah Merah, membabitkan 545 penduduk. Terdapat peningkatan kes di lokaliti ini dengan 57…

Read More

SOP ketat buka maahad tahfiz

IPOH 22 Feb. – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan maahad tahfiz di negeri ini kembali beroperasi mulai 1 Mac ini, kata Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Mohd Annuar Zaini. Keputusan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat itu dibuat setelah baginda menerima sembah nasihat daripada Kementerian Kesihatan serta Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Perak. Menurut Mohd Anuar, bilangan maksimum pelajar yang dibenarkan terhad kepada kapasiti ruang asrama dan sekolah dengan mematuhi jarak fizikal yang diwajibkan. Ruang belajar, ruang hafalan, ruang solat dan ruang…

Read More

Covid-19 berakhir tahun depan?

COPENHAGEN: Pandemik Covid-19 akan merebak pada 2021 tetapi lebih terkawal berbanding tahun lalu malahan dijangka berakhir pada awal tahun depan, kata Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge. Beliau menyifatkan situasi terburuk kini berakhir dan terdapat lebih banyak maklumat mengenai virus ini berbanding pada peringkat awal penularan. Bercakap kepada saluran penyiaran Denmark, DR pada Ahad, beliau bagaimanapun mengingatkan tidak ada sesiapapun yang dapat mengetahui keadaan pandemik itu pada masa depan. “Virus ini akan terus wujud, tapi saya berpendapat ia tidak lagi memerlukan sekatan. Ini adalah mesej yang optimis,” katanya. Kluge…

Read More