Perak catat kes tertinggi

PUTRAJAYA 21 Feb. – Perak merekodkan kes tertinggi jangkitan Covid-19 hari  ini dengan catatan 1,215 kes diikuti Selangor 868, dan Johor 431.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, peningkatan kes mendadak di Negeri Perak adalah disebabkan oleh pengesanan aktif daripada Kluster Jalan Changkat Jong.

Kluster ini dumumkan pada 18 Februari 2021 dan dikenal pasti  hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan pekerja-pekerja di kilang yang terletak di Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak.

Hari ini sahaja ada 1, 046 kes baharu dilaporkan iaitu 1,036 kes adalah pekerja kilang dan 10 kes kontak rapat keluarga. Jumlah keseluruhan kes dalam kluster sehingga 21 Februari 2021  adalah 1,242 kes.

Daripada 1,046 kes positif pada hari ini. 1,036 kes adalah pekerja iaitu 1,029 bukan warganegara dan 7 warga negara manakala 10 kes lagi merupakan kontak rapat keluarga pekerja warganegara.

Tindakan bersasar telah di jalankan iaitu penutupan kilang sejak hari Selasa lepas.  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dijalankan ke atas asrama, kilang dan tapak binaan Kilang tersebut di Hilir Perak, Perak.

  • Perak: 1,215 kes
    • 1,187 kes daripada kluster-kluster sedia ada, termasuk 1,046 kes daripada Kluster Jalan Changkat Jong;
    • 16 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 12 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 868 kes 
    • 339 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 456 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 69 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 431 kes
    • 260 kes daripada kluster-kluster, termasuk 103 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Cemerlang Besi, Kluster Persiaran Cemerlang, Kluster Jalan Kelapa Mawar, Kluster Jalan Kota Kulai, dan Kluster Jalan Pandan Ria;
    • 93 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 77 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 185 kes
    • 47 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 95 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 43 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment