315 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 21 Feb. – Arab Saudi merekodkan 315 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan setakat ini 375,006.

Menurut Kementerian Kesihatan, empat lagi kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah kumulatif 6,461 kes.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 349 kes dilaporkan sembuh, mengatasi kes positif yang menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 366,094.

Riyadh merekodkan kes jangkitan harian tertinggi dengan 177 kes diikuti daerah Timur 57 kes dan Makkah 28.

Jumlah kes aktif pula 2,451 dengan 508 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment