Jakarta tambah 7,300 kes

JAKARTA 21 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Indonesia hari ini bertambah sebanyak 7,300 orang dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 1,278,653 kes.

Lima wilayah merekodkan penambahan kes baharu tertinggi iaitu Jakarta 2.720 dengan kumulatifnya mencapai 310.366 diikuti  Jawa Barat 1,021, Jawa Tengah 487, Jawa Timur 446 dan Kalimantan Timur 406.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula mencapai 34,489 orang apabila 173 lagi dilaporkan meninggal dunia di mana Jakarta menambah  55 kes, Jawa Timur 34, Jawa Tengah 12, Kalimantan Timur 12 dan  Bali lapan.. 

Setakat ini Jawa Timur merekodkan jumlah kumulatif tertinggi iaitu 8.868 kes.

Sementara itu 8,236 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 1,087,076 atau 85 peratus.

Jakarta merekodkan kes sembuh tertinggi iaitu 2,681 diikuti Jawa Barat 1,623, Kalimantan Timur 618, Jawa Timur 569, dan Banten 363.

Kes aktif pula menurun sebanyak 1.109 kes dan jumlahnya berkurang menjadi 157.088 kes atau 12.3 peratus.

Bagi penerima vaksin pula, setakat ini penerimanya meningkat menjadi 1.227.918 orang berikutan 3,827 lagi mendapat suntikan.

Related posts

Leave a Comment