1,888 kes tambahan di Filipina

MANILA 21 Feb. – Jabatan Kesihatan Filipina mencatatkan 1,888 kes tambahan Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 561,169 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 20 pesakit meninggal dunia sekaligus meningkatkan jumlah kematian kepada 12,088 kes.

Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 9,737 kes menjadikan jumlah pesakit sembuh 522,843 atau 93.2 peratus.

Kes aktif pula 26,238.

Related posts

Leave a Comment