Enam kluster baharu, 510 aktif

PUTRAJAYA 21 Feb. – Kementerian Kesihatan merekodkan enam kluster baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kluster 1,074.

Setakat hari ini, 564 kluster tamat termasuk enam kluster hari ini iaitu Kluster Mikro, Kluster Tasik Utama, Kluster Titian, Kluster Tapak Bina Jalan Wangsa, Kluster Kota Road, dan Kluster Tanjung Lumpur.

Jumlah kluster aktif pula adalah 510 dan hari ini 82 kluster menambah kes baharu termasuk Kluster Jalan Changkat Jong (1,046 kes), Kluster Industri Selesa (171 kes), dan Kluster Tanjung Suria (97 kes).

Berikut enam kluster berkaitan tempat kerja.

  • KLUSTER JALAN KOTA KULAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Kota Kulai, Kulai. Sehingga 21 Februari , sejumlah 89 individu disaring, di mana 31 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN CEMERLANG BESI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Cemerlang, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari, sejumlah 83 individu disaring, di mana 31 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN KELAPA MAWAR

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Jalan Kluang, Batu Pahat. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja di Jalan Kelapa Mawar, Taman Soga, Batu Pahat. Sehingga 21 Februari, sejumlah 91 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PANDAN RIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah syarikat pembersihan yang bekerja di Jalan Kangkar, Johor Bahru. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja tersebut yang terletak di Jalan Pandan Ria, Pandan, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari, sejumlah 43 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERSIARAN CEMERLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Cemerlang, Taman Perindustrian Cemerlang, Johor Bahru. Sehingga 21 Februari, sejumlah 131 individu disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PERUSAHAAN BARU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seberang Perai Tengah di Pulau Pinang. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 20 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang diĀ  Lorong Perusahaan Baru, Kawasan Perusahaan Perai 3, Seberang Perai Tengah. Sehingga 21 Februari, sejumlah 213 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment