PUTRAJAYA 23 Feb. – Ibu mengandung tidak digalakkan untuk menerima vaksin Covid-19 kerana data berhubung faktor keberkesanan dan keselamatan daripada pengeluar belum diperoleh, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. “Kita masih menetapkan lagi ibu mengandung tak diberi vaksinasi, masih terus terpakai kerana kajian Pfizer (baru lagi dilaksanakan) dan kita belum lagi dapat maklumat daripada mereka,” katanya lagi. Katanya, Kementerian akan terus mengguna pakai garis panduan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 yang beliau dan Menteri Penyelaras Khairy Jamaluddin pengerusikan bersama, selaras dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Beliau berkata…
Read MoreMonth: February 2021
Covid-19 : AS berdukacita, bertafakur
LEWAT Isnin, Amerika Syarikat (AS) bertafakur memperingati lebih 500,000 penduduk negara itu yang meninggal dunia akibat pandemik Covid-19. Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris mengetuai upacara itu di White House sejurus Biden menyampaikan ucapan kepada rakyat negara itu. Sebelum itu Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi mengetuai majlis yang sama bagi memperingati korban pandemik itu. Dalam ucapannya Biden mengajak seluruh penduduk negara itu untuk memperingati mereka yang terkorban dan terus berusaha memerangi wabak Covid-19 itu. Biden berkata, hari ini AS mencatatkan angka menyedihkan apabila 500,071 orang meninggal dunia akibat Covid-19.…
Read MoreMalaysia ke-2 kelompok 200,000 kes
MALAYSIA berada di kedudukan kedua dalam kelompok lebih 200,000 kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 285,761 kes, demikian menurut data Johns Hopkins University pagi ini. Dua negara anggota ASEAN lain iaitu Indonesia merekodkan 1,288,833 kes dan Filipina pula 563,456. Mendahului senarai dalam kelompok melebihi 100,000 kes jangkitan global itu adalah Slovakia yang mencatatkan 292,792 kes. Ini diikuti Malaysia, kemudian Belarus 279,456, Ecuador 274,968, Nepal 273,556, Georgia 268,502, Kazakhstan 257,100, Bolivia 242,292, Croatia 240,017, Bulgaria 238,591, Republik Dominica 235,882, Azerbaijan 233,201, Tunisia 228,937, Ireland 215,743, Denmark 208,715 dan Costa Rica 201,678. Lithuania merekodkan…
Read MoreJangkitan global 111,693,547
JUMLAH kes jangkitan global Covid-19 kini meningkat kepada 111,693,547 di mana Amerika Syarikat (AS) terus mendahului dengan merekodkan 28,184,218 kes, demikian menurut data Johns Hopkins University. India berada di kedudukan kedua tertinggi dengan 11,005,850 kes diikuti Brazil yang merekodkan 10,195,160 kes. Ini diikuti United Kingdom 4,138,225 dan Rusia 4,130,447, Perancis 3,669,346, Sepanyol 3,153,971, Itali 2,818,863, Turki 2,646,526, Jerman 2,399,499, Colombia 2,229,663, Argentina 2,069,751 dan Mexico 2,041,380. Lapan negara merekodkan lebih satu juta kes termasuk INDONESIA yang mencatatkan 1,288,833 didahului Poland 1,642,658, Iran 1,582,275 , Afrika Selatan 1,504,588, Ukraine 1,354,545, Peru 1,283,309, Czechia 1,157,180…
Read MoreKematian Covid-19 di AS lebih 500
AMERIKA Syarikat (AS) mendahului kematian global yang kini mencecah 2.4 juta orang dengan merekodkan 500,172 kematian setakat pukul 8.30 pagi ini waktu Malaysia. Daripada setengah juta kematian itu, tiga negeri merekodkan kematian tertinggi iaitu California 49,444, New York 46,924 dan Texas 42,301. Lewat Isnin, (pagi ini waktu Malaysia) Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris memperingati korban jiwa yang besar akibat Covid-19 itu dalam satu upacara ringkas di Rumah Putih. Presiden Biden menyampaikan ucapan diikuti majlis bertafakur dengan nyalaan lilin di Rumah Putih bagi memperingati mereka yang meninggal dunia…
Read MoreMedia Hari Ini 23.02.2021
327 kes baharu di Arab Saudi
RIYADH 22 Feb. – Arab Saudi merekodkan 327 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini 375,333. Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, lima lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif 6,466 kematian. Pada masa yang sama, kes pesakit sembuh meningkat kepada 366,412 orang termasuk 318 kes sembuh yang dilaporkan hari ini. Riyadh terus mencatatkan kes tertinggi dengan 174 kes diikuti daerah Timur sebanyak 69 dan daerah Makkah 31 jangkitan. Kes aktif pula sebanyak 2,455 dengan…
Read MorePositif 10,180 sembuh 9,918
JAKARTA 22 Feb. – Kes pesakit sembuh Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 9,918 lagi kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatifnya melebihi satu juta orang iaitu 1,096,994. Bagaimanapun jumlah kes positif Covid-19 melebihi kes sembuh dengan catatan 10,180 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,288,833 dengan kes aktif 157,148. Kes pesakit meninggal dunia pula bertambah 202 kes dan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 34,691 kes atau 2.7 peratus daripada jumlah kes positif. Terdapat lima wilayah yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 2,832, Jakarta 2,305, Jawa Tengah 1,125, Jawa…
Read MoreSingapura lapor 10 kes baharu
SINGAPURA 22 Feb. – Singapura melaporkan 10 kes baharu Covid-19 hari ini termasuk satu kes dalam kalangan masyarakat. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) tiada kes di asrama pekerja manakala baki sembilan kes adalah kes import dan semuanya sudah diberikan notis duduk rumah sebaik tiba di negara ini. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini 59,879.
Read More89 kes baharu di Thailand
BANGKOK 22 Feb. – Thailand merekodkan 89 kes baharu Covid-19 hari ini yang melibatkan 73 kes jangkitan tempatan dan 16 import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 25,504. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian kekal 83 selepas tiada kes baharu pesakit yang meninggal dunia. Samut Sakhon terus merekodkan kes jangkitan baharu di mana 31 dikesan di hospital manakala dua melalui pengesanan secara aktif sementara tiada kes baharu direkodkan di Bangkok manakala Tak 13 dan Pathum Thani 18 kes. Sebanyak 16 kes import pula melibatkan tujuh warga Thailand yang pulang…
Read More