Kematian Covid-19 di AS lebih 500

AMERIKA Syarikat (AS) mendahului kematian global yang kini mencecah 2.4 juta orang dengan merekodkan 500,172 kematian setakat pukul 8.30 pagi ini waktu Malaysia.

Daripada setengah juta kematian itu, tiga negeri merekodkan kematian tertinggi iaitu California 49,444, New York 46,924 dan Texas 42,301.

Lewat Isnin, (pagi ini waktu Malaysia) Presiden Joe Biden dan Naib Presiden Kamala Harris memperingati korban jiwa yang besar akibat Covid-19 itu dalam satu upacara ringkas di Rumah Putih.

Presiden Biden menyampaikan ucapan  diikuti majlis bertafakur dengan nyalaan lilin di Rumah Putih bagi memperingati mereka yang meninggal dunia akibat virus tersebut.

Angka kematian akibat Covid-19 di AS itu bersamaan jumlah rakyat negara itu yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua, Korea dan Vietnam. Angka itu juga turut sama dengan jumlah populasi di Kansas City, Missouri serta melebihi populasi di Miami, Raleigh, North Carolina, Omaha atau Nebraska.

Sementara itu menurut data Johns Hopkins University, Brazil menduduki tempat kedua daripada 2,473,055 kematian dengan merekodkan 247,143 orang diikuti Mexico 180,107.

India merekodkan 156,385 kematian diikuti United Kingdom  120,987, Itali 95,992, Perancis 84,763, Rusia 82,255, Jerman  68,079, Sepanyol  67,636, Iran 59,572, Colombia  58,974 dan Argentina  51,359.

Afrika Selatan, Peru dan Poland masing-masing merekodkan lebih 40,000 kematian iaitu 49,150 ; 45,097 dan 42,188.

Indonesia mendahului negara lain khususnya ASEAN dengan 34,691 kematian  diikuti Turki 28,138, Ukraine 26,531, Belgium 21,903, Kanada 21,712 dan Chile 20,126.

Romania pula merekodkan 19,894, Czechia 19,330, Portugal 16,023, Ecuador

15,547, Netherlands 15,372, Hungary 14,347, Iraq 13,295, Sweden 12,649, Pakistan 12,617, Filipina 12,094, Bolivia 11,441, Mesir 10,404, Bulgaria 9,933 dan 9,907.

Related posts

Leave a Comment

error: Content is protected !!