Positif 10,180 sembuh 9,918

JAKARTA  22 Feb. – Kes pesakit sembuh Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila 9,918 lagi kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kumulatifnya melebihi satu juta orang iaitu 1,096,994.

Bagaimanapun jumlah kes positif Covid-19 melebihi kes sembuh dengan catatan 10,180 kes baharu yang membawa kepada jumlah keseluruhan 1,288,833 dengan kes aktif 157,148.

Kes pesakit meninggal dunia pula bertambah 202 kes dan jumlah kumulatif kematian meningkat kepada 34,691 kes atau 2.7 peratus daripada jumlah kes positif.

Terdapat lima wilayah yang merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 2,832, Jakarta 2,305, Jawa Tengah 1,125, Jawa Timur 533 dan Kalimantan Timur 503 orang.

Jawa Barat pula merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu 3,812, diikuti Jakarta 2.466,  Jawa Tengah 1,047, Jawa Timur 434 dan  Kalimantan Timur 404 kes.

Jawa Timur pula merekodkan kematian tertinggi iaitu 45 orang, Jawa Tengah 41 Jakarta 40, Jawa Barat 16 dan Kalimantan Timur 14.

Mengenai perkembangan penerima vaksin pula, jumlah hari ini meningkat kepada 1,244,214 berikutan pertambahan 16,297 orang penerima.

Related posts

Leave a Comment