327 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 22 Feb. – Arab Saudi merekodkan 327 kes jangkitan baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini 375,333.

Menurut Kementerian Kesihatan, bagi tempoh yang sama, lima lagi pesakit meninggal dunia akibat Covid-19 yang menjadikan jumlah kumulatif 6,466 kematian.

Pada masa yang sama, kes pesakit sembuh meningkat kepada 366,412 orang termasuk 318 kes sembuh yang dilaporkan hari ini.

Riyadh terus mencatatkan kes tertinggi dengan 174 kes diikuti daerah Timur sebanyak 69 dan daerah Makkah 31 jangkitan.

Kes aktif pula sebanyak 2,455 dengan 497 kes kritikal.

Related posts

Leave a Comment