Malaysia ke-2 kelompok 200,000 kes

MALAYSIA berada di kedudukan kedua dalam kelompok lebih 200,000 kes jangkitan Covid-19 dengan merekodkan 285,761 kes, demikian menurut data Johns Hopkins University pagi ini.

Dua negara anggota ASEAN lain iaitu Indonesia merekodkan 1,288,833 kes dan Filipina pula 563,456.

Mendahului senarai dalam kelompok melebihi 100,000 kes jangkitan global itu adalah Slovakia yang mencatatkan 292,792 kes.

Ini diikuti Malaysia, kemudian Belarus 279,456, Ecuador 274,968, Nepal 273,556, Georgia 268,502, Kazakhstan 257,100, Bolivia 242,292, Croatia 240,017, Bulgaria 238,591, Republik Dominica 235,882, Azerbaijan 233,201, Tunisia 228,937, Ireland 215,743, Denmark 208,715 dan Costa Rica 201,678.

Lithuania merekodkan 194,333 kes, Slovenia 185,014, Kuwait 184,989, Greece 180,672, Mesir 178,774, Moldova 177,407, Gaza dan Tebing Barat 174,969, Guatemala 171,289, Armenia 170,506, Honduras 165,095, Qatar 160,889, Ethiopia 153,541, Nigeria 152,616 dan Paraguay 151,718.

MYANMAR, satu lagi negara anggota ASEAN merekodkan 141,761, Oman 139,692, Venezuela 136,068, Libya 130,212, Bosnia and Herzegovina 128,661, Bahrain 118,530, Algeria 112,094, Kenya 104,306, Albania 101,285 dan China 100,774.

Related posts

Leave a Comment