89 kes baharu di Thailand

BANGKOK 22 Feb. – Thailand merekodkan 89 kes baharu Covid-19 hari ini yang melibatkan 73 kes jangkitan tempatan dan 16 import yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 25,504.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), jumlah kematian kekal 83 selepas tiada kes baharu pesakit yang meninggal dunia.

Samut Sakhon terus merekodkan kes jangkitan baharu di mana 31 dikesan di hospital manakala dua melalui pengesanan secara aktif sementara tiada kes baharu direkodkan di Bangkok manakala Tak 13 dan Pathum Thani 18 kes.

Sebanyak 16 kes import pula melibatkan tujuh warga Thailand yang pulang dari Qatar, dua orang masing-masing ketibaan dari Amerika Syarikat dan United Kingdom dan satu masing-masing dari India, Pakistan, Latvia, Portugal dan Armenia.

Kes sembuh 24361

Related posts

Leave a Comment