Saudi lanjutkan tempoh sekatan

RIYADH 14 Feb. – Arab Saudi memutuskan untuk melanjutkan tempoh sekatan Covid-19 selama 20 hari lagi mulai 10 malam Ahad yang menjadikan jumlah sekatan selama 30 hari yang diumumkan berkuat kuasa pada 4 Februari lalu. Langkah itu diambil untuk membendung penyebaran wabak itu, yang mengalami lonjakan kes baharu dalam beberapa minggu terakhir ini. Sekatan itu termasuk larangan mengadakan majlis sosial dan perhimpunan (tidak lebih 20 orang), hiburan dan acara awam selain penutupan restoran, pawagam, pusat membeli-belah, tempat awam, gimnasium dan pusat sukan. Bulan lalu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan ia merancang…

Read More

Kes di Saudi kini 372,732

RIYADH 14 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 322, berbanding 337 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 372,732 kes. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak empat lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,433 kematian. Sebanyak 282 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 363,585. Kes aktif pula 2,714 dengan 459 kritikal. Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 167 kes diikuti daerah Timur 64 dan Makkah 40.

Read More

6,765 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 14 Feb. – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan dengan pertambahan 6,765 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,217,468 kes. Lima wilayah menunjukkan pertambahan kes baharu tertinggi iaitu Jakarta dengan 2,496 kes, Jawa Barat 882,  Jawa Timur 516, Jawa Tengah 478 dan Sulawesi Selatan 354 kes. Turut meningkat adalah kes kematian apabila 247 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 33,183 orang. Pada masa yang sama, dalam tempoh 24 jam, kes sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 9,237 lagi pesakit dilaporkan pulih dan menjadikan jumlah…

Read More

253 gagal patuh penjarakan fizikal

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Kegagalan mematuhi penjarakan fizikal masih banyak berlaku apabila 253 didapati melakukan kesalahan itu sepanjang semalam. Begitu juga rentas negeri/daerah tanpa kebenaran melibatkan 177 individu, aktiviti pusat hiburan (101) tidak memakai pelitup muka (98), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (82) dan lain-lain (166). Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 877 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP sepanjang semalam dan daripada jumlah itu, 806 dikenakan kompaun manakala 71 direman. Katanya, sebanyak 2,910 pasukan pematuhan yang melibatkan 14,071 anggota telah membuat pemantauan di 4,212 pasar…

Read More

Kluster komuniti, keagaman dikesan

PUTRAJAYA 14 Feb. – Sebanyak 983 kluster dilaporkan setakat ini dan daripada jumlah itu, 499 kluster ditamatkan dan 484 kluster aktif termasuk 11 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini. Sebelas kluster yang dikenal pasti hari ini melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu melibatkan komuniti dan keagamaan. Pada masa yang sama, 10 kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Tembok Gajah, Kluster Tapak Bina Awan Puteh, Kluster Tapak Bina Hartamas, Kluster Tapak Bina Perkasa, Kluster Rantau Semarak, Kluster Rantau Lada, Kluster Dialisis Putra, Kluster Mengkuang, Kluster Jalan Pandan…

Read More

Selangor masih kekal 4 angka

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes (44.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 867 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 492 kes (20.0 peratus) dan Sarawak sebanyak 161 kes (6.5 peratus). Selangor: 1,103 kes  153 kes daripada kluster-kluster; termasuk 98 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Jalan Jelatek, dan Kluster Jalan Sepuluh; 714 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu (1) kes import dari luar…

Read More

Kes baharu 2,464 sembuh 4,525

PUTRAJAYA 14 Feb. – Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh tertinggi hari ini dengan 4,525 kes menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan sebanyak 213,814 kes. Sementara itu, sebanyak 2,464 kes baharu Covid-19 direkodkan menjadikan keseluruhan kes sebanyak 264,269. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan. “Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 49,490 kes,” katanya dalam satu kenyataan. Sebanyak 54 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara,…

Read More

Singapura catat 14 kes import

SINGAPURA 14 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura mengesahkan 14 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 59,800 dengan 29 kematian. Kesemuanya adalah kes import dan 13 daripada mereka dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) setibanya mereka di sini. Seorang lagi diuji negatif Covid-19 semasa tiba di Singapura pada 10 Februari bagi urusan projek kerja. Lelaki tersebut mengikut jadual yang dikawal semasa berada di sini. Bagaimanapun pada 12 Februari, beliau diuji positif Covid-19 sebagai sebahagian daripada ujian berkala bagi pengunjung seumpama itu.

Read More

166 kes baharu di Thailand

BANGKOK 14 Feb. -Thailand merekodkan 166 kes baharu jangkitan Covid-19  termasuk 28 kes import yang membawa kepada peningkatan jumlah kumulatif sebanyak 24,571 kes dengan kematian kekal 80. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), hampir separuh kes tempatan direkodkan hasil pengesanan di Pathum Thani dan Samut Sakhon. Laporan dari hospital pula menunjukkan 33 jangkitan dikesan di Samut Sakhon, 11 di Bangkok, dua di Saraburi dan masing-masing satu di Nakhon Pathom, Nakhon Ratchasima dan Samut Prakan. Pihak berkuasa kesihatan kini memberi tumpuan ke Pathum Thani sebagai tambahan kepada kawasan Samut Sakhon selepas…

Read More

Filipina catat 1,928 kes harian

MANILA 14 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,928 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 549,176. Setakat pukul 4 petang ini juga, lapan lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,515 kematian. Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 511,743 atau 98.2 peratus daripada jumlah kes dan hari ini 10,967 lagi pesakit dilaporkan pulih. Daripada keseluruhan kes yang dicatatkan di negara ini, 4.7 % atau 25,918 adalah kes aktif.

Read More