Kes baharu 2,464 sembuh 4,525

PUTRAJAYA 14 Feb. – Malaysia mencatatkan jumlah kes sembuh tertinggi hari ini dengan 4,525 kes menjadikan jumlah sembuh secara keseluruhan sebanyak 213,814 kes.

Sementara itu, sebanyak 2,464 kes baharu Covid-19 direkodkan menjadikan keseluruhan kes sebanyak 264,269.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah itu, sebanyak tiga kes import dilaporkan yang menerima jangkitan dari luar negara manakala selebihnya merupakan jangkitan kes tempatan.

“Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini sebanyak 49,490 kes,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebanyak 54 kes (2.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara, lokap, dan depoh tahanan imigresen yang membabitkan Kluster Tembok Bendera (18 kes), Kluster Tembok Pengkala Chepa (14 kes), Kluster Penjara Jalan Harapan (10 kes), Kluster Penjara Jalan Sungai Jelok (9 kes), Kluster Tembok Renggam (1 kes), Kluster Penjara Kepayan (1 kes),  dan Kluster Penjara Seberang Perai (1 kes).

Sebanyak tujuh kes kematian baharu direkodkan menjadikan keseluruhan kes kematian kini sebanyak 965 kes.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes di Sarawak, dua kes di Selangor serta masing-masing satu kes di Sabah dan Pulau Pinang. Kesemua kes kematian melibatkan warganegara.

Setakat ini, sebanyak 260 kes sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment