Selangor masih kekal 4 angka

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 1,103 kes (44.8 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 867 kes (78.6 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 492 kes (20.0 peratus) dan Sarawak sebanyak 161 kes (6.5 peratus).

  • Selangor: 1,103 kes 
    • 153 kes daripada kluster-kluster; termasuk 98 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Jalan Setia, Kluster Jalan Jelatek, dan Kluster Jalan Sepuluh;
    • 714 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 235 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 492 kes  
    • 324 kes daripada kluster-kluster, termasuk 251 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Istimewa Cemerlang, Kluster Jalan Usaha Satu, Kluster Jalan Persiaran Teknologi Kulai, Kluster Jalan Tebrau Khas, dan Kluster Batu 57;
    • 65 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 103 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 161 kes
    • 68 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 42 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 51 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 154 kes  
    • 17 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 40 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sabah: 116 kes 
    • Tiga (3) kes daripada kluster-kluster; termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Patikang Ulu;
    • 89 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment