Saudi lanjutkan tempoh sekatan

RIYADH 14 Feb. – Arab Saudi memutuskan untuk melanjutkan tempoh sekatan Covid-19 selama 20 hari lagi mulai 10 malam Ahad yang menjadikan jumlah sekatan selama 30 hari yang diumumkan berkuat kuasa pada 4 Februari lalu.

Langkah itu diambil untuk membendung penyebaran wabak itu, yang mengalami lonjakan kes baharu dalam beberapa minggu terakhir ini.

Sekatan itu termasuk larangan mengadakan majlis sosial dan perhimpunan (tidak lebih 20 orang), hiburan dan acara awam selain penutupan restoran, pawagam, pusat membeli-belah, tempat awam, gimnasium dan pusat sukan.

Bulan lalu, Kementerian Dalam Negeri mengumumkan ia merancang untuk menangguhkan langkah menarik balik sekatan perjalanan bagi rakyatnya dari 31 Mac ke 17 Mei.

Pada Jumaat, ekoran peningkatan jumlah jangkitan Covid-19, Kementerian Ehwal Agama Arab Saudi mengumumkan penutupan lebih banyak masjid, selain meningkatkan langkah pemantauan.

Related posts

Leave a Comment