Kes di Saudi kini 372,732

RIYADH 14 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi yang direkodkan hari ini adalah sebanyak 322, berbanding 337 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan 372,732 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) sebanyak empat lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada 6,433 kematian.

Sebanyak 282 kes dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam dan ini menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih 363,585. Kes aktif pula 2,714 dengan 459 kritikal.

Riyadh merekodkan kes jangkitan tertinggi iaitu 167 kes diikuti daerah Timur 64 dan Makkah 40.

Related posts

Leave a Comment