Singapura catat 14 kes import

SINGAPURA 14 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) Singapura mengesahkan 14 kes baharu Covid-19 setakat tengah hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes 59,800 dengan 29 kematian.

Kesemuanya adalah kes import dan 13 daripada mereka dikenakan notis jangan keluar rumah (SHN) setibanya mereka di sini.

Seorang lagi diuji negatif Covid-19 semasa tiba di Singapura pada 10 Februari bagi urusan projek kerja. Lelaki tersebut mengikut jadual yang dikawal semasa berada di sini.

Bagaimanapun pada 12 Februari, beliau diuji positif Covid-19 sebagai sebahagian daripada ujian berkala bagi pengunjung seumpama itu.

Related posts

Leave a Comment