Filipina catat 1,928 kes harian

MANILA 14 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 1,928 kes baharu Covid-19 yang menjadikan jumlah keseluruhan kes 549,176.

Setakat pukul 4 petang ini juga, lapan lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 11,515 kematian.

Kes pesakit sembuh pula meningkat kepada 511,743 atau 98.2 peratus daripada jumlah kes dan hari ini 10,967 lagi pesakit dilaporkan pulih.

Daripada keseluruhan kes yang dicatatkan di negara ini, 4.7 % atau 25,918 adalah kes aktif.

Related posts

Leave a Comment