6,765 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 14 Feb. – Jumlah kes positif Covid-19 di Indonesia terus menunjukkan peningkatan dengan pertambahan 6,765 kes baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 1,217,468 kes.

Lima wilayah menunjukkan pertambahan kes baharu tertinggi iaitu Jakarta dengan 2,496 kes, Jawa Barat 882,  Jawa Timur 516, Jawa Tengah 478 dan Sulawesi Selatan 354 kes.

Turut meningkat adalah kes kematian apabila 247 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 33,183 orang.

Pada masa yang sama, dalam tempoh 24 jam, kes sembuh turut menunjukkan peningkatan apabila 9,237 lagi pesakit dilaporkan pulih dan menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 1,025,273.

Jumlah pesakit aktif pula berjumlah 159.012 orang manakala 86.456 orang yang berstatus suspek terkait Covid-19.

Sementara itu, sebanyak 1,068,747 anggota kesihatan menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 manakala 425,578 menerima suntikan dos kedua.

Related posts

Leave a Comment