Kluster komuniti, keagaman dikesan

PUTRAJAYA 14 Feb. – Sebanyak 983 kluster dilaporkan setakat ini dan daripada jumlah itu, 499 kluster ditamatkan dan 484 kluster aktif termasuk 11 kluster baharu yang dikenal pasti hari ini.

Sebelas kluster yang dikenal pasti hari ini melibatkan sembilan kluster berkaitan tempat kerja serta masing-masing satu melibatkan komuniti dan keagamaan.

Pada masa yang sama, 10 kluster ditamatkan hari ini iaitu Kluster Tembok Gajah, Kluster Tapak Bina Awan Puteh, Kluster Tapak Bina Hartamas, Kluster Tapak Bina Perkasa, Kluster Rantau Semarak, Kluster Rantau Lada, Kluster Dialisis Putra, Kluster Mengkuang, Kluster Jalan Pandan Indah, dan Kluster Firma.

Sebanyak 64 kluster menambah kes hari ini dan kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Istimewa Cemerlang (107 kes), Kluster Jalan Usaha Satu (69 kes), dan Kluster Pasai (65 kes).

Sebelas kluster baharu adalah,

  • KLUSTER JALAN ISTIMEWA CEMERLANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Istimewa 7, Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, Johor Bahru. Sehingga 14 Februari, sejumlah 311 individu disaring, di mana 109 kes dikesan positif Covid-19.

  • KLUSTER BATU 57

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor.  Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-247495) dilaporkan positif Covid-19 pada 9 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 57, Ayer Hitam, Batu Pahat. Sehingga 14 Februari, sejumlah 91 individu disaring, di mana 13 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN USAHA SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Pontian di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  Covid-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Usaha 1, Taman Perindustrian Ulu Choh, Pontian. Sehingga 14 Februari, sejumlah 299 individu disaring, di mana 70 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN TEBRAU KHAS

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-250923) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Tebrau, Bukit Senyum, Johor Bahru. Sehingga 14 Februari, sejumlah 196 individu disaring, di mana 29 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PERSIARAN TEKNOLOGI KULAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 11 Februari  2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Persiaran Teknologi, Taman Teknologi Johor, Senai. Sehingga 14 Februari, sejumlah 236 individu disaring, di mana 45 kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAPAK BINA JALAN SETIA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah tapak binaan yang terletak di Jalan Setia Murni, Setia Alam, Shah Alam. Sehingga 14 Februari, sejumlah 320 individu disaring, di mana 36 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN JELATEK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif  Covid-19 pada 14 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Jelatek 2, Pusat Perniagaan Jelatek, Gombak. Sehingga 14 Februari, sejumlah 200 individu disaring, di mana 35 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SEPULUH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 31 Januari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah gudang yang terletak di Jalan U10/10D, Shah Alam. Sehingga 14 Februari, sejumlah 250 individu disaring, di mana 32 kes dikesan positif.

  • KLUSTER RIA JAYA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuala Muda di Kedah. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 9 Februari 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang di Taman Ria Jaya Light Industrial Park, Sungai Petani, Kuala Muda. Sehingga 14 Februari, sejumlah 567 individu disaring, di mana 81 kes dikesan positif.

  • KLUSTER PATIKANG ULU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Keningau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-236561) dilaporkan positif Covid-19 pada 6 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan perjumpaan dalam komuniti yang berlangsung di Kampung Patikang Ulu, Keningau. Sehingga 14 Februari, sejumlah 185 individu disaring, di mana 37 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN BADAK

Kluster keagamaan ini melibatkan daerah Kinta dan Kuala Kangsar di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 226330) dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan satu majlis ceramah yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 15 Januari 2021. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes berlaku iaitu di Jalan Badak, Kampung Jeliang, Kuala Kangsar. Sehingga 14 Februari 2021, sejumlah 57 individu disaring, di mana 23 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment