Aktiviti sosial punca kluster

KOTA KINABALU 2 Jan. – Kluster baharu Covid-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini yang dikenali sebagai Kluster Batu 8, Tambunan dikesan berpunca daripada aktiviti sosial iaitu menuai padi dan sambutan Krismas. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata jumlah kumulatif kes positif bagi kluster itu adalah sebanyak 52 kes. “Kluster ini turut mencatatkan kes di dua daerah lain iaitu Ranau (tiga kes) dan Kota Belud (dua kes),” katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, beliau berkata berdasarkan laporan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, jumlah kes positif baharu Covid-19 di…

Read More

758,473 kes positif Indonesia

JAKARTA 2 Jan. – Indonesia terus mencatatkan kes jangkitan Covid-19 yang tinggi apabila merekodkan 7,203 kes harian yang menjadikan jumlah kumulatif setakat ini sebanyak 758,473 dengan kes aktif 110,400. Bagaimanapun jumlah kes sembuh mengatasi jangkitan harian dengan mencatatkan 7,582 orang, angka sembuh harian tertinggi sekaligus menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 625,518. Jumlah kematian pula turut menunjukkan peningkatan apabila 226 lagi pesakit meninggal dunia dan kumulatifnya kini 22,555 kematian atau 3.0 peratus dari jumlah pesakit yang dijangkiti. Sementara itu, Jakarta merekodkan kes jangkitan harian tertinggi iaitu sebanyak 1.894 kes dengan…

Read More

101 kes, 9 kematian di Saudi

RIYADH 2 Jan. – Kes jangkitan koronavirus Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan penurunan dengan mencatatkan 101 kes pada Sabtu berbanding 137 kes pada Jumaat dan 140 kes pada 31 Disember 2020. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan sembilan lagi kematian yang menjadikan jumlah pesakit yang meninggal dunia sebanyak 6,239. Jumlah keseluruhan kes positif pula adalah 362,979 dengan jumlah kes aktif sebanyak 2,477 di mana 354 kes kritikal. Di samping itu, sebanyak 182 lagi pesakit dilaporkan sembuh yang membawa kepada 354,263 pesakit pulih. Sementara itu daripada 101 kes baharu hari ini, Riyadh merekodkan…

Read More

216 kes baharu di Thailand

BANGKOK 2 Jan. – Sebanyak 216 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Thailand meningkat kepada 7,379 kes sementara satu lagi kematian dilaporkan yang membawa kepada 64 orang meninggal dunia. Menurut Pusat Pentabiran Situasi Covid-19 (CCSA), daripada 216 kes, sebanyak 182 merupakan jangkitan tempatan, 32 melibatkan pekerja asing di asrama dan dua kes dilaporkan di dua pusat kuarantin alternatif. Kes kematian terbaharu itu merupakan wanita berusia 47 tahun yang dikesan mengunjungi pusat perjudian di wilayah Chonburi. Dia yang diuji positif Covid-19 pada 30 Disember dan mempunyai masalah kesihatan, meninggal…

Read More

Sembilan lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 2 Jan. – Sebanyak 294 daripada 523 kluster tamat hari ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 229 kluster. Empat kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Seri Wangsa, Kluster Batu Lima, Kluster OAD dan Kluster Kasah. Sebanyak 45 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini termasuk Kluster Harum (206 kes), Kluster Bukit Pasir (174 kes) dan Kluster Tapak Bina Lebuh (137 kes). Terdapat sembilan kluster baharu dikenal pasti pada hari ini iaitu: KLUSTER HARUM Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di negeri Johor. Kes-kes…

Read More

Selangor mendahului

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 638 kes (27.8 peratus) diikuti oleh Johor sebanyak 580 kes (25.3 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes (12.5 peratus). Di Selangor, kes direkodkan adalah 224 melibatkan kluster sedia ada, 60 dari kluster baharu (Renggam dan Tapak Bina Casuarina), 212 saringan kontak rapat, 140 lain-lain saringan dan dua kes import Johor pula merekodkan 200 kes dari kluster sedia ada, 231 dari kluster baharu (Dewani dan Harum), 76 saringan kontak rapat dan 73 lain-lain saringan. Pulau Pinang merekodkan 82 kes kluster sedia ada, 13 saringan kontak…

Read More

2,295 kes baharu, 9 kematian

PUTRAJAYA 2 Jan. – Jumlah kes Covid-19 masih kekal empat angka dengan catatan 2,295 kes menjadikan jumlah keseluruhan 117,373 kes dengan kes aktif kebolehjangkitan 22,398, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah kes baharu itu, terdapat sembilan kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,286 kes. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 3,321 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 sebanyak 94,492 kes atau 80.5 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Dr Noor Hisham berkata…

Read More

Terendah 851, tertinggi 2,525

KES baharu terendah direkodkan pada 2 Disember dengan 851 dan tertinggi 2,525 pada 31 Disember 2020. Kadar kebolehjangkitan (nilai R) masih lagi tinggi, justeru kerajaan melanjutkan PKPP sehingga 31 Mac 2021 kecuali Selangor, KL dan Sabah yang masih di bawah PKPB dan lokaliti-lokaliti tertentu yang dikenakan PKPD. Kes baharu yang tinggi ini banyak disumbangkan pelaksanaan saringan wajib terhadap pekerja asing selain kes jangkitan dalam komuniti. Biarpun kita bebas merentas negeri dan daerah, patuhilah SOP dan amalkan langkah pencegahan bagi mengelak dijangkiti dan menjangkiti. ✅Elak tempat sesak, sempit dan bersembang jarak…

Read More

Singapura kini 58,662 kes

SINGAPURA 2 Jan. – Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan 33 kes baharu Covid-19  sehingga tengah hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 58,662 kes. Kesemuanya adalah kes import dan dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sebaik tiba di Singapura. Jumlah yang direkodkan hari ini adalah yang tertinggi dicatatkan sejak 15 September , apabila 34 kes dilaporkan. Enam daripada 33 kes baharu itu, adalah penduduk tetap dan sembilan merupakan pembantu rumah asing. Sementara itu, kementerian juga mengumumkan bahawa Mandarin Orchard telah diberi kebenaran untuk dibuka semula setelah siasatan mendapati tiada penularan lanjut…

Read More