Selangor mendahului

SELANGOR melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 638 kes (27.8 peratus) diikuti oleh Johor sebanyak 580 kes (25.3 peratus) dan Pulau Pinang sebanyak 288 kes (12.5 peratus).

Di Selangor, kes direkodkan adalah 224 melibatkan kluster sedia ada, 60 dari kluster baharu (Renggam dan Tapak Bina Casuarina), 212 saringan kontak rapat, 140 lain-lain saringan dan dua kes import

Johor pula merekodkan 200 kes dari kluster sedia ada, 231 dari kluster baharu (Dewani dan Harum), 76 saringan kontak rapat dan 73 lain-lain saringan.

Pulau Pinang merekodkan 82 kes kluster sedia ada, 13 saringan kontak rapat dan  193 lain-lain saringan.

Sabah mencatatkan 11 kes kluster sedia ada, empat kes kluster baharu (Batu Lapan) 165 saringan kontak rapat,dan 79 lain-lain saringan.

Kuala Lumpur merekodkan 10 kes kluster sedia ada, 69 saringan kontak rapat 71 lain-lain saringan dan enam kes import.

Related posts

Leave a Comment